X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19: Lagi jemaah tabligh jadi korban

Seorang lagi peserta perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Sri Petaling disahkan meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19.
A
A

PUTRAJAYA - Seorang lagi peserta perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Sri Petaling disahkan meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah melalui Facebooknya hari ini berkata, kes kematian ke-21 melibatkan pesakit kes ke-1,588 berusia 63 tahun dan dengan latar belakang penyakit kronik.

"Dukacita dimaklumkan sehingga kini, terdapat satu lagi pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 yang telah dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Kebangsaan (CPRC).

"Pelaporan terbaru ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 21 orang setakat ini," katanya.

Menurutnya, pesakit telah mula bergejala dan hadir menjalani saringan pada 22 Mac.

"Hasil ujian pengesahan Covid-19, dia disahkan positif dan dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar pada 23 Mac 2020.

"Semasa dalam rawatan, kesihatan beliau merosot dan disahkan meninggal dunia pada jam 4 pagi tadi.

"KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga pesakit," katanya.

Semalam, kes kematian ke-20 juga melibatkan jemaah tabligh yang menyertai perhimpunan itu.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari.Langgan Sekarang!

Polisi Data Peribadi Karangkraf