Kerajaan Pahang permudahkan urusan rakyat – Wan Rosdy

Wan Rosdy ketika Program Town Hall Rakyat anjuran Sinar Harian yang berlangsung di Dewan Dato’ Sri Abdul Manan Ismail pada Selasa - Foto: SINAR HARIAN/ROSLI TALIB
Wan Rosdy ketika Program Town Hall Rakyat anjuran Sinar Harian yang berlangsung di Dewan Dato’ Sri Abdul Manan Ismail pada Selasa - Foto: SINAR HARIAN/ROSLI TALIB
A
A
A

KUANTAN - [DIKEMAS KINI] Kerajaan Pahang mengambil pendekatan proaktif dalam memastikan urusan rakyat lebih mudah dan selesa.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kerajaan negeri berperanan sebagai pemudah cara dengan mengurangkan birokrasi serta memberikan layanan terbaik kepada rakyat.

“Sebagai kerajaan, kita menjadi pemudah cara. Kita permudahkan saja untuk orang datang ke negeri Pahang.

“Kita permudahkan birokrasi, kita beri layanan yang baik,” katanya pada sesi Program Town Hall Rakyat anjuran Sinar Harian dengan kerjasama Unit Komunikasi Strategik Negeri Pahang (UKS) di Dewan Dato’ Seri Abdul Manan Ismail pada Selasa.

Wan Rosdy turut memaklumkan, antara inisiatif kerajaan negeri ialah menyediakan hentian rehat dan rawat (R&R) sementara bagi memudahkan rakyat yang pulang beraya.

Jelasnya, walaupun bukan tanggungjawab rasmi kerajaan negeri, namun inisiatif itu dilaksanakan demi keselesaan rakyat.

“Contohnya, masa cuti perayaan, orang nak balik ke Kelantan atau ke Pahang, R&R itu kadang-kadang tak ada tempat berhenti.

“Sekurang-kurangnya mereka boleh berhenti, membuang air kecil, menukar lampin anak dan menunaikan solat. Kita buat ini kerana cakna dan tulus,” katanya.

Mengenai kejayaan pentadbiran kerajaan, Wan Rosdy menekankan bahawa ia memerlukan semangat kesatuan dalam kalangan penjawat awam, pemimpin tempatan dan rakyat.

Artikel Berkaitan:

“Kita harus bersatu hati untuk memajukan Pahang dan kita tidak ada pilihan,” katanya.

 

 

Ringkasan AI

  • Kerajaan Pahang mengambil pendekatan proaktif memudahkan urusan rakyat
  • Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, menyatakan kerajaan negeri mengurangkan birokrasi dan memberi layanan terbaik
  • Inisiatif menyediakan hentian rehat dan rawat (R&R) sementara bagi rakyat pulang beraya
  • Inisiatif R&R dilaksanakan demi keselesaan rakyat, memungkinkan mereka berhenti dan menunaikan keperluan dasar
  • Keberhasilan kerajaan negeri memerlukan semangat kesatuan antara penjawat awam, pemimpin tempatan dan rakyat

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!