Covid-19: MB Pahang, 10 Exco setuju potong gaji

Wan Rosdy
Wan Rosdy
A
A
A

KUANTAN - Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail bersama 10 barisan Exco kerajaannya bersetuju membuat potongan sebanyak 10 peratus.

Menurutnya, pemotongan itu akan dilaksanakan selama tiga bulan bermula pada April ini sebagai tanda tanggungjawab dan simpati terhadap rakyat berikutan penularan jangkitan koronavirus (Covid-19).

"Keputusan ini (pemotongan) dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Pahang yang diadakan semalam dan potongan gaji itu akan disumbangkan sepenuhnya kepada Tabung Covid-19 Pahang yang dilancarkan Kerajaan Pahang," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, Kerajaan Pahang bersimpati kepada rakyat yang terkesan termasuk ahli MMK yang terdiri daripada pelbagai latar belakang kaum, usia dan kerjaya yang terkesan dengan wabak Covid-19.

"Kita harapan lebih ramai pihak untuk tampil dan turut menyumbang kepada tabung ini.

"Hasil daripada sumbangan itu akan disalurkan kepada mereka yang memerlukan," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak dalam kenyataan memaklumkan, penjawat awam di Pahang juga bersedia memotong gaji mereka seterusnya disumbangkan kepada Tabung Covid-19 Pahang sebagai tanda prihatin.

Menurutnya, hampir 10,000 akan menyumbang dengan anggaran kutipan RM100,000 sebulan.

Artikel Berkaitan:

“Ini adalah pengorbanan penjawat awam di Pahang dalam menunjukkan solidariti bersama rakyat Pahang,” katanya.