Bot bawa PATI karam: Enam lagi mayat ditemukan, jumlah mangsa maut 13 orang

Romli (kanan) ketika sidang akhbar di Jeti Maritim Bukit Malut, Langkawi pada Isnin.
Romli (kanan) ketika sidang akhbar di Jeti Maritim Bukit Malut, Langkawi pada Isnin.
A
A
A

 

LANGKAWI – Enam lagi mayat ditemukan berhampiran sempadan maritim Malaysia–Thailand pada Ahad, menjadikan jumlah korban tragedi bot karam yang membawa pendatang asing tanpa izi (PATI) itu meningkat kepada 13 orang.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa, berkata, enam mayat tersebut telah dijumpai oleh pihak berkuasa Thailand pada Ahad.

Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) kini diperluas meliputi lebih 250 batu nautika persegi dengan kerjasama rapat antara agensi Malaysia dan Thailand.

“Kita menjangkakan menemui lebih banyak mangsa pada hari ini.

"Kami sentiasa bertukar maklumat dengan pihak Thailand. Mereka akan mengerahkan pesawat untuk membantu pencarian, dan Malaysia turut menggunakan aset udara maritim bagi tujuan sama," katanya ketika sidang akhbar di Jeti Maritim Bukit Malut pada Isnin.

Jelas Romli,, mangsa-mangsa tersebut dipercayai antara 70 hingga 90 orang yang menaiki sebuah bot kecil selepas berlepas dari Myanmar menggunakan sebuah kapal induk yang membawa sekitar 300 penumpang.

“Kumpulan itu dilaporkan dipecahkan kepada dua bot sebelum memasuki zon sempadan.

"Salah satu bot dipercayai karam di perairan selatan Pulau Tarutao, kira-kira 2.5 batu nautika dari Langkawi,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kini diperluas meliputi lebih 250 batu nautika persegi dengan kerjasama rapat antara agensi Malaysia dan Thailand.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kini diperluas meliputi lebih 250 batu nautika persegi dengan kerjasama rapat antara agensi Malaysia dan Thailand.

Tambahnya, kira-kira 70 orang daripada bot kecil itu masih belum dikesan, manakala nasib baki 230 penumpang dari kapal induk asal masih belum diketahui.

“Corak pencarian kini tertumpu di perairan Tanjung Cincin, Langkawi, berdasarkan jangkaan arus laut yang mungkin menolak mangsa ke kawasan tersebut,” katanya lagi

Menurut Romli, hasil bedah siasat menunjukkan mangsa yang ditemui telah hanyut selama dua hari, namun peluang untuk menemui mangsa yang masih hidup tetap ada.

“Bergantung kepada keadaan laut, ada yang mampu bertahan sehingga tujuh hari. Kami masih berharap dan akan teruskan pencarian,” katanya.

Pada Ahad, Sinar Harian melaporkan salah satu bot yang membawa penumpang PATI disyaki karam di Pulau Tarutao berdekatan perairan sempadan negara.

Mangsa terdiri daripada warga Myanmar dan Bangladesh disyaki telah membayar sejumlah kira-kira RM13,000 kepada sindiket untuk perjalanan ke Malaysia.

Tujuh mayat ditemukan hanyut terdiri daripada wanita dan kanak-kanak.

Kesemua mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

 

 

Ringkasan AI

  • Enam mayat lagi ditemukan berhampiran sempadan maritim Malaysia-Thailand, menjadikan jumlah korban meningkat kepada 13 orang
  • Operasi mencari dan menyelamat diperluas meliputi lebih 250 batu nautika persegi dengan kerjasama Malaysia dan Thailand
  • Mangsa-mangsa dipercayai antara 70 hingga 90 orang menaiki bot kecil dari Myanmar
  • Kira-kira 70 orang masih belum dikesan, nasib 230 penumpang kapal induk asal masih belum diketahui
  • Mangsa terdiri daripada warga Myanmar dan Bangladesh, disyaki bayar RM13,000 kepada sindiket untuk perjalanan ke Malaysia

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!