Putrajaya FOI 2025 bukti pendidikan teras daya tahan negara

Fadillah (tengah) sama Dr Zambry bergambar bersama tetamu yang hadir ketika Putrajaya FOI 2025 di PICC pada hari kedua festival.
Fadillah (tengah) sama Dr Zambry bergambar bersama tetamu yang hadir ketika Putrajaya FOI 2025 di PICC pada hari kedua festival.
A
A
A

PUTRAJAYA - Festival Idea Putrajaya (Putrajaya Pendidikan Tinggi (KPT) menegaskan pendidikan sebagai teras membina daya tahan negara dan insan dalam menghadapi cabaran dunia pasca 2030.

Bertemakan The World Beyond 2030: Towards a Resilient Future through Education, festival dua hari di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) itu menghimpunkan tokoh akademik, pelajar serta pemimpin ASEAN untuk membincangkan masa depan pendidikan, kemahiran dan inovasi dalam kerangka Malaysia Madani.

Pada hari pertama, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bukan lagi laluan kedua, sebaliknya wadah utama membina generasi mahir dan berakhlak.

“Jangan terkejut jika suatu hari nanti, seorang lepasan TVET menjadi Perdana Menteri Malaysia,” ujarnya ketika berucap pada Putrajaya FOI 2025 di PICC di sini, pada hari pertama festival.

Beliau berkata, kerajaan komited memperkukuh ekosistem TVET melalui kolaborasi industri dan institusi pendidikan tinggi bagi memastikan rakyat mampu bersaing di pasaran global.

Pendidikan, tegasnya, mesti memanusiakan manusia dan menjadi sumber kekuatan negara, bukan sekadar laluan pekerjaan.

Hari kedua pula diserikan dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri Kedua, Datuk Seri Fadillah Yusof, yang menyampaikan ucaptama bertajuk The World Beyond 2030: Towards a Resilient Future Through Education.

Peserta yang berada di dalam dewan utama pada hari kedua Putrajaya FOI di PICC.
Peserta yang berada di dalam dewan utama pada hari kedua Putrajaya FOI di PICC.

Artikel Berkaitan:

Beliau menegaskan bahawa pendidikan adalah asas ketahanan serta jambatan kemanusiaan yang membolehkan masyarakat terus bertahan dan berkembang dalam dunia penuh ketidaktentuan.

“Resilient bukan sekadar kemampuan bangkit semula, tetapi keupayaan menyesuaikan diri dan bertransformasi. Pendidikan membina keupayaan itu,” ujarnya.

Beliau turut menekankan keperluan membangunkan pendigitalan beretika, pembelajaran sepanjang hayat serta pendidikan hijau bagi memastikan pembangunan negara selari dengan prinsip kelestarian.

Ujarnya, Malaysia sedang melaksanakan pelbagai inisiatif termasuk National Energy Transition Roadmap (NETR) dan Green TVET untuk melahirkan tenaga kerja yang celik teknologi dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar.

Putrajaya FOI sebagai gerakan pemikiran serantau

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir pula menyifatkan, Putrajaya FOI sebagai gerakan pemikiran serantau yang menghubungkan idea, ilmu dan inovasi antara Malaysia dan negara ASEAN.

“Empayar masa depan tidak lagi dibina atas kuasa atau kekayaan, tetapi atas kekuatan minda,” ujarnya.

DR ZAMBRY
DR ZAMBRY

Kehadiran tokoh pendidikan tinggi rantau ini termasuk Menteri Pendidikan Tinggi, Sains dan Teknologi Indonesia, Profesor Dr Brian Yulianto; Pengerusi Suruhanjaya Pendidikan Tinggi Filipina (CHED), Dr Sheryl Castaneda Agrupis serta Setiausaha Agung ASEAN, Dr Kao Kim Hourn turut memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab pendidikan tinggi serantau.

Penganjuran edisi kedua Putrajaya FOI selepas kejayaan tahun lalu membuktikan komitmen Malaysia menjadikan pendidikan bukan sekadar pelaburan terhadap modal insan, tetapi juga terhadap nilai, karakter dan kemanusiaan.

Seperti ditegaskan Fadillah, “masa depan tidak diwarisi tetapi mesti dididik agar wujud,” manakala Ahmad Zahid pula mengingatkan bahawa pendidikan mesti memanusiakan manusia.

Dua pesanan itu merangkumi semangat sebenar Festival Idea Putrajaya 2025, menjadikan pendidikan nadi ketahanan, kemajuan dan perpaduan sejagat.

Pengunjung memenuhi ruang pameran Putrajaya FOI di PICC.
Pengunjung memenuhi ruang pameran Putrajaya FOI di PICC.

REAKSI

NG ZHEN FAN SHANKAR
NG ZHEN FAN SHANKAR

“Putrajaya FOI kali ini lebih meriah dengan penyertaan pelajar dari universiti awam, IPTS, politeknik dan kolej komuniti. Ia membuka ruang untuk belajar daripada idea serta inovasi tokoh berpengaruh.” Tokoh Siswa Negara 2025 dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Ng Zhen Fan Shankar.

NURHAZMIN
NURHAZMIN

“Penyertaan kami sebagai peluang berharga menimba inspirasi daripada pelbagai bidang pendidikan dan teknologi.” - Nurhazmin Syamsul Suhaimi, 20, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM),

MUHAMMAD AFIF DANIAL
MUHAMMAD AFIF DANIAL

“Festival ini memperkukuh semangat pelajar untuk menjadikan inovasi sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran dan pengajaran di universiti.” - Muhammad Afif Danial Noor Azrulaswady, 24, Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI)

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!