Anwar tinjau operasi ETS3 KL-JB

Anwar meninjau operasi ETS3 Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru. Foto FB Anwar Ibrahim
Anwar meninjau operasi ETS3 Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru. Foto FB Anwar Ibrahim
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memanfaatkan cuti panjang sempena Hari Wilayah dan Thaipusam dengan meninjau operasi Perkhidmatan Tren Elektrik 3 (ETS3) Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata, kesempatan itu digunakan untuk menyantuni para penumpang serta mendengar secara langsung pandangan dan maklum balas mereka mengenai perkhidmatan yang disediakan.

"Alhamdulillah, respons yang diterima amat memberangsangkan khususnya terkait tahap keselesaan serta pengalaman perjalanan yang lebih lancar dan tersusun,” katanya.

Beliau berkata, Kerajaan Madani akan terus memberikan keutamaan pada usaha memperkukuh perkhidmatan awam yang selamat, cekap dan mesra rakyat. - Bernama 

 

 

 

 

 

Artikel Berkaitan:

 

 

 

Ringkasan AI

  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meninjau operasi ETS3 dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru
  • Anwar menyantuni penumpang dan mendengar pandangan mereka
  • Penumpang memberi respons positif terhadap keselesaan dan pengalaman perjalanan
  • Kesempatan cuti panjang Hari Wilayah dan Thaipusam digunakan untuk menyemak perkhidmatan
  • Kerajaan Madani berkomitmen memperkukuh perkhidmatan awam yang selamat, cekap dan mesra rakyat

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!