Namewee ditahan reman enam hari bantu siasatan kematian pempengaruh Taiwan

Namewee
Namewee
A
A
A

KUALA LUMPUR - Penyanyi rap tempatan Wee Meng Chee atau lebih dikenali sebagai Namewee direman enam hari bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang pempengaruh wanita warga Taiwan di dalam bilik air sebuah hotel di Jalan Conlay, di sini pada 22 Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, perintah reman terhadap Namewee dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini pada Rabu.

"Perintah reman ke atasnya (Namewee) dikeluarkan bermula 5 November hingga 10 November," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Terdahulu, Namewee, 42, tampil menyerah diri ke IPD Dang Wangi, awal pagi tadi, bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut.

Terdahulu Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus dilaporkan berkata, sebelum ini pihaknya mengklasifikasikan kes berkenaaan sebagai mati mengejut (SDR), namun kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Katanya, Namewee difahamkan berada di lokasi itu ketika kejadian berlaku.

Menurutnya, siasatan masih berjalan dan melihat dari semua sudut termasuk individu terakhir yang bersama mangsa akan disiasat.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Penyanyi rap Namewee direman enam hari untuk siasat kematian pempengaruh wanita Taiwan
  • Perintah reman berlangsung dari 5 hingga 10 November
  • Namewee menyerah diri di IPD Dang Wangi untuk bantu siasatan
  • Kematian dianggap sebagai mati mengejut kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan
  • Namewee berada di lokasi kejadian semasa berlaku

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!