Pempengaruh wanita Taiwan ditemui mati dalam bilik hotel bersama Namewee, polis klasifikasi sebagai kes bunuh

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Polis mengklasifikasikan semula kes kematian seorang pempengaruh wanita warga Taiwan di sebuah hotel, di sini pada 22 Oktober lalu, sebagai kes bunuh.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, kes tersebut yang sebelum ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR), kini diklasifikasi semula sebagai kes bunuh.
"Siasatan lanjut kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan sedang dijalankan," katanya ringkas dalam kenyataan pada Selasa.
Pempengaruh berusia 31 tahun itu ditemui terbaring dalam bilik air sebuah hotel di Jalan Conlay, di sini pada 22 Oktober lalu.
Dia dilaporkan memasuki negara ini pada 20 Oktober melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA 1).
Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat
Difahamkan ketika kejadian, penyanyi rap tempatan, Wee Meng Chee atau lebih dikenali sebagai Namewee, 42, turut berada dalam bilik sama.
Namewee, kemudiannya ditahan selepas polis mengesyaki dia memiliki dan menggunakan dadah.
Ringkasan AI
- Polis mengklasifikasikan semula kes kematian seorang pempengaruh wanita warga Taiwan di Kuala Lumpur sebagai kes bunuh
- Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan
- Pempengaruh berusia 31 tahun ditemui terbaring dalam bilik air hotel pada 22 Oktober
- Mangsa memasuki Malaysia pada 20 Oktober melalui KLIA 1
- Penyanyi rap Wee Meng Chee atau Namewee turut berada dalam bilik sama dan ditahan atas syak memiliki serta menggunakan dadah
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
