Maqis rampas 'rock samples' di pintu masuk LTSAAS

Rock samples yang dirampas Maqis di LTSAAS sebelum ini.
Rock samples yang dirampas Maqis di LTSAAS sebelum ini.
A
A
A

SUBANG - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) menyita 'rock samples' yang dianggarkan bernilai RM371.98 menerusi pemeriksaan di pintu masuk Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), semalam.

Difahamkan, 'rock samples' itu diimport dari United Kingdom bagi tujuan penyelidikan.

Pengarah Maqis Selangor, Dr Tarmisal Alimin berkata, pemeriksaan mendapati 'rock samples' itu tidak mempunyai sebarang permit import dikeluarkan jabatan berkenaan.

"Kita menyita barangan itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 11 (1), Akta Perkhidmatan Kuarantin & Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] iaitu mengimport tanpa import permit sah daripada Jabatan Maqis dan boleh dihukum di bawah Seksyen 11(3), akta sama.

"Kita sentiasa bersedia memantau sebarang kemasukan dan keluaran pertanian melalui pintu masuk ke negara ini.," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, langkah itu bagi memastikan semua pihak sentiasa mematuhi syarat dan peraturan ditetapkan oleh kerajaan.

Artikel Berkaitan: