SPM bermula hari ini, melibatkan 413,372 calon

KPM telah melantik 127,526 petugas sepanjang tempoh peperiksaan berlangsung.
KPM telah melantik 127,526 petugas sepanjang tempoh peperiksaan berlangsung.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2025 bermula pada Isnin, melibatkan seramai 413,372 calon di 3,350 pusat peperiksaan seluruh negara.

Bagi memastikan kelancaran proses peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melantik 127,526 petugas yang akan bertugas sepanjang tempoh peperiksaan berlangsung.

KPM turut bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan bencana atau wabak penyakit.

Calon yang terkesan dinasihatkan agar segera memaklumkan kepada pihak sekolah atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

Menurut jadual rasmi, peperiksaan akan berlangsung mengikut fasa berikut:

Ujian Bertutur Bahasa Melayu: 3–6 November

Ujian Bertutur Bahasa Inggeris: 10–13 November

Ujian Amali Sains: 17–19 November

Ujian Mendengar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris: 20 November

Artikel Berkaitan:

Peperiksaan Bertulis: 25 November – 23 Disember

Calon diingatkan untuk merujuk jadual waktu peperiksaan bagi mendapatkan maklumat lengkap berkaitan tarikh, waktu, kod dan nama kertas peperiksaan. - Awani 

Ringkasan AI

  • SPM Tahun 2025 bermula pada Isnin dengan 413,372 calon
  • Kementerian Pendidikan Malaysia melantik 127,526 petugas untuk kelancaran peperiksaan
  • KPM bersiap siaga menghadapi kemungkinan bencana atau wabak penyakit
  • Calon yang terkesan oleh bencana atau wabak diminta memaklumkan kepada sekolah atau JPN
  • Jadual peperiksaan meliputi Ujian Bertutur, Ujian Amali Sains, Ujian Mendengar dari 3 November hingga 23 Disember

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!