Piala Tun Ali: Kuala Lumpur uji aura, Perak uji jiwa

Undian kumpulan saingan sepak takraw edisi keempat Piala Tun Ali 2025. Infografik: Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (PSM)
Undian kumpulan saingan sepak takraw edisi keempat Piala Tun Ali 2025. Infografik: Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (PSM)
A
A
A

PENYANDANG juara, Kuala Lumpur, dilihat berada di landasan terbaik untuk mara ke pusingan kalah mati Kejohanan Sepak Takraw Piala Tun Ali 2025 selepas undian menempatkan mereka dalam kumpulan yang dianggap seimbang.

Bagi acara regu lelaki, skuad warga kota diundi dalam Kumpulan A bersama Pulau Pinang, manakala bagi acara regu wanita, Kuala Lumpur sekali lagi mengetuai Kumpulan A bersama Perlis, memberikan peluang besar buat mereka mempertahankan reputasi selaku kuasa besar sepak takraw negara.

Sementara itu, naib juara edisi lalu, Perak, dijangka berdepan tentangan getir apabila diundi dalam Kumpulan B bersama pasukan Bomba dan Pahang dua lawan yang memiliki rekod konsisten saingan domestik.

Dalam pada itu, Kelantan mengambil pendekatan berbeza apabila hanya menyertai acara kuadran, sekali gus tidak menyertai dua lagi kategori yang dipertandingkan.

Format edisi keempat Piala Tun Ali di Dewan Bola Keranjang Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Bukit Serindit, dari 3 hingga 9 November menyaksikan juara dan naib juara kumpulan regu dan kuadran lelaki mara saingan kalah mati manakala juara kumpulan regu wanita layak suku akhir

PIALA TUN ALI 2025

REGU LELAKI

KUMPULAN A

Kuala Lumpur

Artikel Berkaitan:

Pulau Pinang

KUMPULAN B

Perak

Bomba

Pahang

KUMPULAN C

Negeri Sembilan

Terengganu

ATM

KUMPULAN D

Johor

Selangor

PDRM

KUMPULAN E

Sabah

MARA

KPT-Masum

KUMPULAN F

KPM-MSSM

Melaka

Penjara

KUMPULAN G

Putrajaya

Kedah

Perlis

KUADRAN LELAKI

KUMPULAN A

ATM

Kedah

Perak

KUMPULAN B

Penjara

Terengganu

Kuala Lumpur

KUMPULAN C

Johor

Pahang

Perlis

KUMPULAN D

KPT - Masum

Bomba

Melaka

KUMPULAN E

Sabah

Pulang Pinang

Putrajaya

KUMPULAN F

Selangor

KPM-MSSUM

Negeri Sembilan

KUMPULAN E

Kelantan

PDRM

KUMPULAN F

PDRM

Kelantan

MARA

REGU WANITA

KUMPULAN A

Kuala Lumpur

Perlis

KUMPULAN B

Perak

Penjara

Pahang

KUMPULAN C

Selangor

PDRM

Melaka

KUMPULAN D

Mara

Sabah

Pulau Pinang

 

Ringkasan AI

  • Kuala Lumpur berada di landasan terbaik untuk mara ke pusingan kalah mati Kejohanan Sepak Takraw Piala Tun Ali 2025
  • Skuad warga kota ditempatkan dalam kumpulan seimbang untuk acara regu lelaki dan wanita, memberi mereka peluang besar mempertahankan reputasi
  • Naib juara edisi lepas, Perak, menghadapi tentangan getir di Kumpulan B dengan pasukan Bomba dan Pahang
  • Kelantan memilih untuk hanya menyertai acara kuadran, tidak mengambil bahagian dalam dua kategori lain
  • Format kejohanan menetapkan juara dan naib juara kumpulan regu dan kuadran lelaki mara ke saingan kalah mati, manakala juara kumpulan regu wanita layak ke suku akhir

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!