Rakyat Malaysia ditembak di Golok meninggal dunia, terkena lapan das tembakan

Mohd Fuad Fahmie (gambar kecil) yang parah ditembak di sebuah rumah di Sungai Golok, Thailand dilaporkan meninggal dunia pada malam Sabtu.
Mohd Fuad Fahmie (gambar kecil) yang parah ditembak di sebuah rumah di Sungai Golok, Thailand dilaporkan meninggal dunia pada malam Sabtu.
A
A
A

PASIR MAS - Seorang rakyat Malaysia yang parah ditembak di sebuah rumah di Sungai Golok, Thailand dilaporkan meninggal dunia pada malam Sabtu.

Mangsa, Mohd Fuad Fahmie Ghazali, 33, yang berasal dari Kampung Kepas Apam di sini, meninggal dunia pada jam 9 malam ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Golok selepas ditembak sebanyak lapan kali.

Ibunya, Zaiton Abdul Rahman, 64, berkata, dia dimaklumkan tentang kematian anaknya itu oleh menantu, Wan Fatihah Mat Hussin, 35, kira-kira jam 9 malam.

Dia dimaklumkan mengetahui anaknya terkena lapan das tembakan itu pada jam 8 malam sebelum mendapat panggilan sekali lagi sejam kemudian mengatakan anaknya sudah meninggal dunia.

Sinar Harian Online melaporkan seorang rakyat Malaysia parah ditembak di sebuah rumah di Sungai Golok, Thailand pada Sabtu.

Dalam kejadian jam 6.40 petang itu mangsa yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan dikatakan sedang menerima rawatan di Hospital Sungai Golok.

Menurut jurucakap polis Narathiwat, siasatan awal mendapati kes tersebut dipercayai berpunca daripada masalah hutang hasil temubual dengan beberapa saksi yang berada berhampiran lokasi kejadian.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang rakyat Malaysia, Mohd Fuad Fahmie Ghazali, meninggal dunia setelah ditembak di Sungai Golok, Thailand
  • Mangsa berusia 33 tahun berasal dari Kampung Kepas Apam, Pasir Mas, Kelantan
  • Mangsa ditembak sebanyak lapan kali dan meninggal dunia dalam perawatan di Hospital Sungai Golok
  • Ibu mangsa, Zaiton Abdul Rahman, dimaklumkan tentang kematian anaknya pada malam itu juga
  • Siasatan awal polis menyatakan insiden itu berkaitan dengan masalah hutang

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!