Rakyat Malaysia parah ditembak di Sungai Golok

Pistol 9 mm yang dipercayai digunakan untuk menembak mangsa dalam kejadian di sebuah rumah di Sungai Golok pada Sabtu. Foto Tular
Pistol 9 mm yang dipercayai digunakan untuk menembak mangsa dalam kejadian di sebuah rumah di Sungai Golok pada Sabtu. Foto Tular
A
A
A

GOLOK, THAILAND - Seorang rakyat Malaysia parah ditembak di sebuah rumah di Sungai Golok di sini pada Sabtu.

Dalam kejadian jam 6.40 petang itu mangsa yang dikenali sebagai Mohd Fuad Fahmie Ghazali berusia 30-an yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan dikatakan sedang menerima rawatan di Hospital Sungai Golok.

Jurucakap polis Narathiwat berkata, siasatan awal mendapati kes tersebut dipercayai berpunca daripada masalah hutang hasil temubual dengan beberapa saksi yang berada berhampiran lokasi kejadian.

“Mangsa merupakan warganegara Malaysia yang berkeluarga dan tinggal di kawasan perbandaran ini.

"Suspek pula seorang lelaki rakyat tempatan disyaki menyerang mangsa menggunakan pistol 9 milimeter (mm). Selepas menembak mangsa, suspek melarikan diri,” katanya.

Jurucakap itu memberitahu, identiti suspek telah dikenal pasti dan gerakan memburunya telah dilancarkan.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Rakyat Malaysia parah ditembak di Sungai Golok, Thailand
  • Mangsa dikenali sebagai Mohd Fuad Fahmie Ghazali dari Pasir Mas, Kelantan
  • Kejadian berpunca daripada masalah hutang
  • Suspek adalah lelaki rakyat tempatan yang menggunakan pistol 9 mm
  • Identiti suspek telah dikenal pasti dan usaha memburunya sedang dilakukan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!