Maut ditembak di Sungai Golok: Mangsa bakal timang cahaya mata sulung, kongsi tarikh lahir sama

Zaiton menunjukkan gambar anak keempat daripada enam beradik semasa ditemui di rumahnya di Kampung Kepas Apam, Pasir Mas pada Ahad. Foto: SINAR HARIAN/HAZELEN LIANA KAMARUDIN
Zaiton menunjukkan gambar anak keempat daripada enam beradik semasa ditemui di rumahnya di Kampung Kepas Apam, Pasir Mas pada Ahad. Foto: SINAR HARIAN/HAZELEN LIANA KAMARUDIN
A
A
A

PASIR MAS - Allahyarham Mohd Fuad Fahmie Ghazali, 33, yang maut ditembak sebanyak lapan das bakal menimang cahaya mata sulung sama tarikh hari lahirnya pada 10 Disember ini.

Anak keempat daripada enam beradik itu menetap di Sungai Golok, Thailand selepas berkahwin dengan isterinya, Wan Fatihah Mat Hussin, 35, pada tahun 2023.

Allahyarham Mohd Fuad Fahmie yang maut ditembak sebanyak lapan das bakal menimang cahaya mata sulung sama tarikh hari lahirnya pada 10 Disember ini.Foto: SINAR HARIAN/HAZELEN LIANA KAMARUDIN
Allahyarham Mohd Fuad Fahmie yang maut ditembak sebanyak lapan das bakal menimang cahaya mata sulung sama tarikh hari lahirnya pada 10 Disember ini.Foto: SINAR HARIAN/HAZELEN LIANA KAMARUDIN

Ibunya, Zaiton Abdul Rahman, 64, berkata, Mohd Fuad Fahmie bersama menantu menjalankan perniagaan barangan terpakai, beg jenama antarabangsa secara dalam talian.

"Kali terakhir saya berjumpa dengan arwah pada semalam (Sabtu). Dia ada pulang bersama isteri ke rumah ini.

"Menantu pula akan bersalin tidak lama lagi, kebetulan tarikh jangkaannya sama dengan kelahiran anak iaitu 10 Disember," katanya ketika ditemui di rumah di Kampung Kepas Apam di sini pada Ahad.

Zaiton (kanan) menerima ziarah daripada sanak saudara di rumahnya di Kampung Kepas Apam, Pasir Mas pada Ahad. Foto: SINAR HARIAN/HAZELEN LIANA KAMARUDIN
Zaiton (kanan) menerima ziarah daripada sanak saudara di rumahnya di Kampung Kepas Apam, Pasir Mas pada Ahad. Foto: SINAR HARIAN/HAZELEN LIANA KAMARUDIN

Menurut dia, kejadian yang menimpa Mohd Fuad Fahmie diketahui sekitar jam 8.30 malam apabila dimaklumkan oleh menantu.

Ujar Zaiton, anaknya dikatakan ditembak di depan isteri di rumah mereka.

Artikel Berkaitan:

Dia dimaklumkan suspek telah berjaya ditangkap oleh Polis Thailand.

"Kami reda dengan apa yang berlaku. Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Mukim Apam Surau selepas solat Zohor nanti," katanya.

Sinar Harian Online melaporkan seorang rakyat Malaysia yang parah ditembak di sebuah rumah di Sungai Golok, Thailand dilaporkan meninggal dunia pada malam Sabtu.

Mangsa, Mohd Fuad Fahmie yang berasal dari Kampung Kepas Apam di sini, meninggal dunia pada jam 9 malam ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Golok selepas ditembak sebanyak lapan kali.

Menurut ibunya, Zaiton, dia dimaklumkan tentang kematian anaknya itu oleh menantu, Wan Fatihah kira-kira jam 9 malam.

Ringkasan AI

  • Allahyarham Mohd Fuad Fahmie Ghazali maut ditembak sebanyak lapan kali
  • Akan menimang cahaya mata sulung pada tarikh hari lahirnya, 10 Disember
  • Menetap di Sungai Golok, Thailand dan menjalankan perniagaan barangan terpakai dalam talian bersama isteri
  • Ditembak di hadapan isteri di rumah mereka dan suspek telah ditangkap oleh Polis Thailand
  • Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Mukim Apam Surau selepas solat Zohor

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!