Polis sahkan rakyat Malaysia maut ditembak di Sungai Golok

KOTA BHARU - Seorang lelaki rakyat Malaysia maut ditembak dalam kejadian di sebuah rumah di pekan Sungai Golok, Narathiwat, Thailand, malam tadi.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian berkenaan.
"Ya, saya sahkan memang ada,” katanya ringkas ketika dihubungi pada Ahad.
Bernama dimaklumkan bahawa perincian lanjut berhubung kejadian itu akan dimaklumkan kemudian. - Bernama
Ringkasan AI
- Seorang lelaki rakyat Malaysia maut ditembak di Sungai Golok, Narathiwat, Thailand
- Kejadian tersebut berlaku malam tadi di sebuah rumah
- Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, mengesahkan kejadian tersebut
- Perincian lanjut tentang kejadian akan dimaklumkan kemudian
- Tag: rakyat malaysia, tembak, sungai golok
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

