Belanjawan 2026: Kerajaan bantu ringan beban pesawah

Pesawah berharap sektor tanaman padi di negara ini dapat dipertingkatkan lagi pada masa depan.
Pesawah berharap sektor tanaman padi di negara ini dapat dipertingkatkan lagi pada masa depan.
A
A
A

SABAK BERNAM - Kenaikan insentif pesawah sehingga RM4,300 sehektar semusim dalam Belanjawan 2026 memberi kelegaan besar kepada pengusaha tanaman itu yang berdepan peningkatan kos operasi.

Seorang pesawah, Roslan Badron, 58, berkata, pengumuman kerajaan itu membuktikan keprihatinan terhadap nasib pesawah yang selama ini menanggung kos semakin tinggi bagi mengusahakan tanaman padi.

“Kami berterima kasih kepada kerajaan kerana menaikkan insentif ini, sekurang-kurangnya ia dapat me ringankan beban terutama menjelang musim akan datang,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Roslan yang mengusahakan sawah seluas 18 hektar di Sungai Leman, Sekinchan memberitahu, keseluruhan kos operasi tanaman padi kini mencecah antara RM3,000 hingga RM4,000 sehektar susulan kenaikan harga racun, baja dan pembajakan.

ROSLAN
ROSLAN

“Sekarang semua harga barang naik dan paling tinggi sekali racun sebab banyak makhluk perosak dan penyakit yang menyerang tanaman padi,” jelasnya.

Roslan yang mengusahakan padi sejak usia 20-an berharap kerajaan dapat menambah baik bantuan kepada pesawah dengan memperkenalkan program kawalan racun bersepadu bagi membantu mengurangkan serangan penyakit tanaman dan kos rawatan tinggi.

“Ketika ini, kami terpaksa meng gunakan racun mahal untuk kawal pokok padi bagi mengelakkan serangan perosak yang menyebabkan kerugian hingga menjejaskan hasil pengeluaran,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Sulbani menunjukkan pokok padi yang memerlukan penjagaan teliti bagi mengelak serangan makhluk perosak.
Sulbani menunjukkan pokok padi yang memerlukan penjagaan teliti bagi mengelak serangan makhluk perosak.

Seorang lagi pesawah, Sulbani Abd Karim, 60, berkata, cabaran sektor penanaman padi kini semakin besar terutama dalam usaha menjana sumber bekalan makanan negara.

Sulbani yang mewarisi pekerjaan itu daripada ibu bapanya berkata, peningkatan harga racun dan peralatan pertanian seperti jentera penanam, jentera menuai serta kos pengangkutan menyebabkan ramai pesawah me nanggung beban kewangan tinggi.

“Kami hadapi pelbagai masalah di sawah dan terbaru serangan ular walaupun pelbagai racun digunakan, namun semuanya mahal,” katanya.

SULBANI
SULBANI

Bagi menangani cabaran itu, Sulbani mencadangkan kerajaan menyalurkan semula bantuan bulanan seperti sebelum ini yang diberikan kepada pesawah sepanjang musim penanaman.

“Dulu kerajaan beri RM200 sebulanselama tiga bulan sehingga waktu menuai tetapi sekarang sudah tiada dan memang terasa beban,” jelasnya.

Penglibatan generasi muda

Seorang pesawah, Mohamad Shaid Muhamed Baharom, 40, berkata, penglibatan generasi muda amat penting bagi memastikan kelangsungan industri padi di negara ini terus berkembang dan tidak bergantung kepada tenaga kerja lama semata-mata.

MOHAMD SHAID
MOHAMD SHAID

“Anak-anak muda perlu turun padang untuk mengenali bidang ini kerana padi ialah sumber utama makanan negara, jika tidak ada generasi pelapis, bagaimana ia boleh terus maju,” jelasnya.

Menurut Mohamad Shaid, masa depan industri padi di negara ini dilihat cerah jika ia terus diusahakan dengan teknologi moden dan sokongan berterusan daripada kerajaan.

“Sekarang ini dah banyak mesin dan teknologi baharu yang membantu pesawah meningkatkan hasil.

“Kalau semua ini dimanfaatkan sebaiknya, pengeluaran padi negara boleh meningkat dengan ketara dalam 10 tahun akan datang,” ujarnya.

Cabaran sektor penanaman padi kini semakin besar terutama dalam usaha menjana sumber bekalan makanan negara.
Cabaran sektor penanaman padi kini semakin besar terutama dalam usaha menjana sumber bekalan makanan negara.

Menurut Mohamad Shaid, besar harapannya agar Malaysia suatu hari nanti mampu menjadi antara pengeluar utama padi dunia hasil usaha bersepadu antara kerajaan, pesawah dan generasi muda yang berani mencuba bidang pertanian.

“Saya yakin, kalau anak muda terlibat dan teknologi terus berkembang akan memacu industri padi kita lebih maju serta berdikari,” tambahnya.

Beri semangat tingkat produktiviti

Sementara itu, Ketua Blok P11 Pasir Panjang, Arbain Manap menyifatkan kenaikan insentif itu sebagai bukti keprihatinan kerajaan terhadap beban ditanggung pesawah.

ARBAIN
ARBAIN

Katanya, rata-rata pesawah menyambut baik langkah penambah baikan itu dan berterima kasih kepada kerajaan terutama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas usaha membantu pesawah di bawah konsep Malaysia Madani yang menekankan kebajikan rakyat luar bandar.

“Insentif ini amat dinantikan pesawah kerana ia dapat membantu mereka untuk terus bertahan dalam keadaan kos semakin meningkat,” jelas beliau.

Menurutnya, pemberian insentif tambahan itu bukan sahaja meringankan beban pesawah tetapi turut memberi semangat baharu untuk meningkatkan produktiviti dan pendapatan hasil tuaian.

“Apabila ada bantuan dan perhatian daripada kerajaan, kami lebih ber semangat hendak usahakan sawah dengan lebih baik,” ujarnya.

Imbas kod QR untuk tonton video penuh.

No Image Caption

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!