X

Kindly register in order to view this article
!

Permohonan bantuan agihan khas LZS hari ini

Bantuan agihan khas LZS kepada golongan layak boleh mula dimohon mulai hari ini.
A
A

SHAH ALAM - Permohonan bantuan agihan khas Lembaga Zakat Selangor (LZS) boleh dibuat bermula hari ini, menerusi laman sesawang https://www.zakatselangor.com.my/bkc19/.

Menerusi satu kenyataan di Facebook rasmi LZS hari ini, memaklumkan pemohon perlu memastikan dokumen dimuat naik dengan lengkap bagi memudahkan urusan terbabit.

Kenyataan itu memaklumkan sebarang persoalan mengenai permohonan boleh dibuat dengan menghubungi Talian Zakat Selangor 1-300-88-4343 (10 pagi hingga 3 petang).

"Persoalan juga boleh disalurkan menerusi Webchat, www.zakatselangor.com.my (10 petang hingga 3 petang) atau layari https://ezo.zakatselangor.com.my (klik pada pertanyaan)," katanya.

Permohonan itu ditutup pada 6 April ini.

Terdahulu, LZS memperuntukkan sebanyak RM15 juta sebagai bantuan segera bagi memenuhi keperluan kebajikan dan perubatan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan akibat penularan wabak Covid-19.

Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Saipolyazan M Yusop berkata, peruntukan agihan khas itu khusus bagi golongan penjaja, peniaga kecil serta pekerja golongan B40 yang terjejas.

Menurutnya, bantuan itu bagi membolehkan golongan tersebut dapat meneruskan kelangsungan hidup dalam tempoh getir saat ini.

Peruntukan agihan khas tersebut turut disalurkan bagi menampung keperluan peralatan perubatan di hospital yang beroperasi menangani Covid-19.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!