Mayat wanita membusuk ditemui di parkir bertingkat

KUCHING - Bau busuk yang datang dari sebuah kenderaan membawa kepada penemuan mayat seorang wanita di kawasan parkir bertingkat di sini, pada Rabu.
Mangsa dipercayai telah meninggal dunia sejak beberapa hari lalu dan turut dilaporkan sebagai orang hilang sebelum ini.
Turut ditemui ialah kereta yang sama yang dilaporkan hilang bersama mangsa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, pihaknya akan menyemak maklumat berhubung penemuan tersebut terlebih dahulu.
"Saya semak dulu," katanya ringkas ketika dihubungi Sinar Harian.
Ringkasan AI
- Bau busuk dari kenderaan di parkir bertingkat bawa kepada penemuan mayat wanita
- Mangsa meninggal beberapa hari lalu dan dilaporkan hilang
- Kereta yang ditemui adalah kereta yang dilaporkan hilang bersama mangsa
- Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu menyatakan akan menyemak maklumat penemuan
- "Saya semak dulu," kata Alexson ringkas ketika dihubungi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
