Mayat wanita tidak berpakaian ditemui dalam keadaan berikat

SERDANG - Mayat wanita ditemui dalam keadaan berikat dan tidak berpakaian di tepi jalan berhampiran anak sungai di Blue Water Estate, Seri Kembangan pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan kira-kira jam 3.45 petang daripada seorang lelaki berhubung penemuan tersebut.
Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati mangsa berketinggian kira-kira 144 sentimeter, berambut perang melepasi bahu, berkuku panjang serta memakai subang perak di kedua-dua telinga.
“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Tambahnya, polis meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kes ini agar menyalurkannya kepada pihak berkuasa dengan menghubungi balai polis berhampiran atau Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang di talian 03-8074 2222.
Ringkasan AI
- Mayat wanita ditemui dalam keadaan berikat dan tidak berpakaian di tepi jalan berhampiran anak sungai di Blue Water Estate, Seri Kembangan
- Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad, berkata laporan mengenai penemuan itu diterima pada jam 3.45 petang
- Mangsa berketinggian kira-kira 144 sentimeter, berambut perang, berkuku panjang, dan memakai subang perak di kedua-dua telinga
- Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh
- Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes ini agar menyalurkannya kepada pihak berkuasa
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
