Krisis pendidikan lebih bersifat moral, bukan kelemahan sistem – AMK

SHAH ALAM – Krisis yang membelenggu sistem pendidikan negara ketika ini bukan berpunca daripada kelemahan struktur atau dasar, sebaliknya menjurus kepada krisis moral dalam kalangan pelajar.
Pengarah Strategik Angkatan Muda Keadilan (AMK), Mohamad Syamil Luthfi Samsul Bahrin berkata, isu moral memerlukan perhatian serius daripada semua pihak termasuk ibu bapa, golongan pendidik dan masyarakat.
Malah menurutnya, dua perkara perlu dilihat dalam menilai senario pendidikan semasa iaitu sistem yang diguna pakai dan situasi di lapangan.
"Peranan ibu bapa dan pendidik amat penting dalam membentuk kemenjadian murid.
"Krisis yang kita lihat pada hari ini lebih kepada persoalan nilai dan akhlak pelajar yang kian menipis," katanya selaku panel Program Meja Bulat: Adakah Pendidikan Kita Dalam Krisis anjuran Sinar Harian.
Dalam pada itu Mohamad Syamil Luthfi turut menzahirkan keyakinan terhadap pendekatan yang diambil Kementerian Pendidikan (KPM) di bawah pimpinan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang disifatkan lebih teratur dan berterusan.
Ini kerana menurutnya, kementerian itu meneruskan pelan dan polisi pendidikan daripada kepimpinan terdahulu.
"Namun ia tidak bermakna tiada penambahbaikan dilakukan sebaliknya intervensi terus digerakkan untuk memperkukuh sistem sedia ada," ujarnya.
Ringkasan AI
- Krisis pendidikan negara adalah krisis moral dalam kalangan pelajar
- Isu moral memerlukan perhatian dari ibu bapa, pendidik dan masyarakat
- Peranan ibu bapa dan pendidik penting dalam membentuk moral murid
- Krisis pendidikan terutamanya berkaitan dengan nilai dan akhlak pelajar yang menurun
- Kementerian Pendidikan di bawah pimpinan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, meneruskan pelan dan polisi dari kepimpinan sebelum dengan penambahbaikan dan intervensi untuk memperkuat sistem
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

