Lebih 1,200 kes salah laku pelajar direkod di Selangor

Mohd Zaini menyerahkan poster Kempen Anti Buli dalamperhimpunan pagi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Shah Alam di sini pada Isnin.
Mohd Zaini menyerahkan poster Kempen Anti Buli dalamperhimpunan pagi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Shah Alam di sini pada Isnin.
A
A
A

SHAH ALAM – Lebih 1,200 kes salah laku membabitkan pelajar sekolah rendah dan menengah direkodkan di seluruh Selangor dalam tempoh antara Januari hingga Oktober tahun ini.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Deputi Komisioner Mohd Zaini Abu Hassan berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 265 kes membabitkan buli manakala 954 kes lagi melibatkan pelbagai salah laku lain.

"Namun hanya 41 kertas siasatan dibuka oleh pihak polis iaitu sembilan kes berkaitan buli dan 32 kes salah laku lain kerana sebahagian kes tidak mempunyai keterangan mencukupi.

Antara pelajar dan guru yang terlibat perhimpunan pagi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Shah Alam di sini pada Isnin.
Antara pelajar dan guru yang terlibat perhimpunan pagi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Shah Alam di sini pada Isnin.

"Bagaimanapun, tindakan bersama tetap diambil oleh pihak polis dan Jabatan Pendidikan bagi memastikan setiap kes diuruskan dengan sewajarnya," katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri perhimpunan pagi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Shah Alam di sini pada Isnin.

Katanya, pihaknya memandang serius isu disiplin dan buli di sekolah kerana ia lahir daripada ekosistem sosial dan emosi masyarakat.

"Pencegahan bukan hanya melalui tindakan undang-undang, sebaliknya memerlukan kerjasama erat antara sekolah, komuniti, agensi kerajaan, serta ibu bapa bagi memperkasakan tanggungjawab sosial bersama.

"Inisiatif mengekang jenayah dan salah laku pelajar kini digerakkan secara menyeluruh dengan sokongan Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri, Menteri Besar Selangor, serta agensi strategik seperti PDRM, Kementerian Pendidikan, NGO, PIBG dan Kementerian Kesihatan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, 16 reformasi strategik turut diperkenalkan kerajaan negeri bagi memperkukuh kesejahteraan pelajar di peringkat sekolah.

"Esok juga akan diadakan satu mesyuarat peringkat nasional dijalankan Ketua Polis Negara bersama Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membincangkan langkah pelaksanaan selanjutnya," katanya.

Mohd Zaini berkata, keselamatan sekolah bukan hanya tanggungjawab guru, tetapi tanggungjawab bersama.

"Selangor mempunyai hampir 997,000 pelajar dengan 60,000 guru, dan jumlah lebih 1,200 kes yang direkodkan hanya mewakili 0.0125 peratus daripada keseluruhan pelajar, menunjukkan keadaan masih terkawal.

"Tiada sekolah yang dikategorikan sangat kritikal, kebanyakan kes hanyalah melibatkan pelajar senior dan junior," katanya.

 

Ringkasan AI

  • Lebih 1,200 kes salah laku pelajar sekolah rendah dan menengah direkodkan di Selangor dari Januari hingga Oktober tahun ini
  • Daripada jumlah itu, 265 kes membabitkan buli dan 954 kes lain pelbagai salah laku
  • Hanya 41 kertas siasatan dibuka oleh polis kerana kes kurang keterangan
  • Inisiatif mengekang jenayah dan salah laku pelajar dilaksana dengan sokongan pelbagai agensi termasuk PDRM dan Kementerian Pendidikan
  • Keselamatan sekolah merupakan tanggungjawab bersama, termasuk guru, ibu bapa, dan komuniti

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!