Rancang rampas Tebing Barat: AS 'gertak' Israel

Projek penempatan haram Yahudi giat dibangunkan di kawasan tanah milik Palestin di Tebing Barat. - Foto: Agensi
Projek penempatan haram Yahudi giat dibangunkan di kawasan tanah milik Palestin di Tebing Barat. - Foto: Agensi
A
A
A

WASHINGTON - "Israel akan hilang sokongan penting Amerika Syarikat (AS) jika ia merampas Tebing Barat."

Gertakan itu diberikan Presiden Donald Trump menerusi wawancara diterbitkan majalah Time pada Khamis setelah Naib Presiden JD Vance dan Setiausaha Negara AS, Marco Rubio juga memberi amaran keras serta mengecam langkah provokasi sedemikian yang bakal meningkatkan lagi konflik Palestin-Israel.

Vance menyifatkan keputusan itu sebagai satu aksi politik bodoh.

"Perkara itu tidak akan berlaku kerana janji saya kepada negara Arab. Anda (Israel) tidak boleh berbuat demikian kerana kita sudah raih sokongan di rantau Asia Barat," tegas Trump ketika dihubungi melalui panggilan telefon pada 15 Oktober lalu.

Trump memberi jaminan itu selepas beliau percaya Riyadh bakal menyertai Perjanjian Abraham yang akan menormalkan hubungan dengan Tel Aviv menjelang akhir tahun ini meskipun Arab Saudi meletakkan syarat penubuhan negara Palestin yang merdeka untuk merealisasikan hasrat Trump dan sekutunya itu.

Ibarat lempar batu sembunyi tangan, pejabat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang bimbang sokongan Washington bakal terjejas bertindak mengkritik undian dua rang undang-undang (RUU) yang memberi lampu hijau terhadap langkah pengilhakan Tebing Barat.

"Ia adalah provokasi politik yang disengajakan oleh puak pembangkang," ujarnya dalam satu kenyataan sedangkan usul tersebut dicadangkan anggota haluan kanan yang bergabung di bawah kerajaan Netanyahu.

Sementara itu, Hamas turut mengutuk tindakan Knesset (Parlimen) yang meluluskan tindakan mengilhak Tebing Barat yang didakwa mencerminkan wajah hodoh rejim penjajah Tel Aviv ke atas tanah milik Palestin.

Kecaman serupa terhadap pelan jahat itu juga dizahirkan Arab Saudi bersama negara Islam, Liga Arab dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC). - Agensi

Artikel Berkaitan:

Info:

>RUU itu perlu melalui tiga lagi proses undian tambahan dan akan dirujuk kepada Jawatankuasa Hal Ehwal Luar dan Pertahanan Knesset untuk pertimbangan selanjutnya. Netanyahu yang bimbang jika RUU itu menggugat kedudukannya dijangka menghalang RUU tersebut diluluskan menjadi undang-undang.

>Knesset memberikan kelulusan awal kepada RUU untuk menguatkuasakan kedaulatan penuh Israel ke atas Tebing Barat yang secara efektif membenarkan pengilhakan wilayah itu secara rasmi.

 

Ringkasan AI

  • Trump memberi amaran Israel akan kehilangan sokongan AS jika merampas Tebing Barat
  • Vance menyifatkan tindakan merampas sebagai aksi politik bodoh
  • Trump berjanji kepada negara Arab tidak akan membenarkan Israel merampas Tebing Barat demi menjaga sokongan Asia Barat
  • Netanyahu mengkritik usul undang-undang pengilhakan sebagai provokasi politik
  • Hamas dan negara-negara Islam termasuk Liga Arab dan OIC mengutuk tindakan Knesset mengilhak Tebing Barat

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!