'Iran berdepan serangan lebih buruk' - Donald Trump beri amaran

Donald Trump
Donald Trump
A
A
A

KUALA LUMPUR - Donald Trump memberi amaran kepada Iran agar tidak melakukan sebarang 'tindakan balas' selepas tentera Amerika Syarikat (AS) menyerang tiga lokasi utama nuklear negara itu.

Dalam kemas kini di platform Truth Social, Presiden AS itu berkata, sebarang tindakan balas oleh Iran terhadap AS akan dibalas dengan kekuatan yang jauh lebih dahsyat.

Donald Trump memberi amaran kepada Iran agar tidak melakukan sebarang 'tindakan balas' selepas tentera Amerika Syarikat (AS) menyerang tiga lokasi utama nuklear negara itu.
Donald Trump memberi amaran kepada Iran agar tidak melakukan sebarang 'tindakan balas' selepas tentera Amerika Syarikat (AS) menyerang tiga lokasi utama nuklear negara itu.

Sebelum itu, dalam ucapan ringkas berdurasi lebih tiga minit, Trump mendakwa bahawa masa depan Iran hanya mempunyai dua pilihan, sama ada keamanan atau tragedi.

"Iran perlu kembali ke meja rundingan atau berdepan serangan lebih buruk"- kata Trump.

Malah, beliau mengugut bahawa masih banyak lagi sasaran yang boleh diserang oleh tentera Amerika.

Reuters melaporkan, tindakan Trump untuk menyertai kempen ketenteraan Israel terhadap Iran, dilihat sebagai satu peningkatan ketara dalam konflik dan berisiko mencetuskan era ketidakstabilan baharu di Asia Barat. - Awani 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!