CEO Dashboard EDI iCEPS  penterjemah PPPM negara

Ketua Eksekutif Institut Pendidikan  Berterusan dan Pengajian Profesional  (iCEPS) UiTM, Profesor Dr Faizah Abd  Majid, menerangkan fungsi CEO Dashboard EDi iCEPS sebagai platform pemantauan strategik dalam memperkukuh agenda PSH UiTM.
Ketua Eksekutif Institut Pendidikan  Berterusan dan Pengajian Profesional  (iCEPS) UiTM, Profesor Dr Faizah Abd  Majid, menerangkan fungsi CEO Dashboard EDi iCEPS sebagai platform pemantauan strategik dalam memperkukuh agenda PSH UiTM.
A
A
A

SHAH ALAM - Dalam menggerakkan  agenda nasional, peranan Institut Pengajian Profesional dan Pendidikan Berterusan (iCEPS) Universiti Teknologi  MARA (UiTM) semakin penting sebagai  pusat pembelajaran sepanjang hayat (PSH).

Ia cukup signifikan khususnya dalam  menterjemah Pelan Pembangunan  Pendidikan Malaysia (PPPM) 2015–2025 (Pengajian Tinggi) dan hala tuju semasa  Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). 

Ketua Eksekutif Institut Pendidikan  Berterusan dan Pengajian Profesional  (iCEPS) UiTM, Profesor Dr Faizah Abd  Majid berkata, pelan tersebut  menekankan Lonjakan 3: Menghayati Pembelajaran Sepanjang Hayat yang kini diperkukuh melalui Pelan Induk  Pembudayaan PSH Nasional.

“Seiring dengan matlamat pelan  untuk memperkukuh akses, ekuiti dan  kualiti PSH dalam kalangan masyarakat, iCEPS telah membangunkan CEO  Dashboard berasaskan Electronic  Dynamic iCEPS (EDi). 

“Sistem ini berperanan sebagai alat  pemantauan strategik di bawah kerangka pelan tindakan strategik (SAP) UiTM, bagi  menilai pencapaian petunjuk prestasi  utama (KPI) dan penunjuk prestasi (PI) secara menyeluruh dan masa nyata,” katanya.

Melalui integrasi data automatik, dashboard berkenaan membolehkan pengurusan menilai prestasi iCEPS dalam aspek utama seperti peningkatan  bilangan kursus profesional dan pendek.

Aspek lain termasuk pertambahan  pelajar separuh masa, pelajar francais tempatan dan antarabangsa, peluasan penawaran Micro-Credential serta  Massive Open Online Courses (MOOC), selain peningkatan hasil penjanaan pendapatan Kumpulan Wang Amanah.

Secara keseluruhannya, CEO Dashboard EDi iCEPS menjadi nadi  transformasi digital yang memacu  ketelusan, ketepatan dan kecekapan pengurusan PSH. 

Ia bukan sekadar alat pemantauan,  tetapi satu platform strategik yang  memastikan setiap keputusan berasaskan data kukuh, sejajar dengan  aspirasi UiTM dan negara dalam  membina masyarakat berpengetahuan, berkemahiran serta sejahtera.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!