Ribut petir, hujan lebat dijangka landa tujuh negeri dan Labuan

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan beberapa kawasan di Perak, Pahang, Sarawak dan Sabah serta di seluruh Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Labuan hingga jam 1 pagi ini.
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan kawasan terlibat ialah Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk dan Hilir Perak di Perak manakala di Pahang membabitkanTanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Maran dan Kuantan.
"Sarawak melibatkan Sri Aman (Lubok Antu), Sarikei (Julau), Sibu, Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Kapit, Bintulu dan Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi),” menurut kenyataan itu hari ini.
Di Sabah pula kawasan terlibat ialah Sipitang, Kuala Penyu, Beaufort, Tawau, Kunak, Semporna, Lahad Datu, Sandakan, Tongod dan Kinabatangan. - Bernama
Ringkasan AI
- Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang
- Kawasan yang terlibat termasuk beberapa bahagian di Perak, Pahang, Sarawak, dan Sabah serta seluruh Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Labuan
- Di Perak, kawasan spesifik seperti Kerian, Larut, Matang, Selama, dan lain-lain terjejas
- Pahang melibatkan kawasan seperti Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan beberapa lagi
- Sarawak dan Sabah juga mengalami kejadian serupa di beberapa kawasan seperti Sri Aman, Sibu di Sarawak dan Sipitang, Beaufort di Sabah
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
