Ribut petir, hujan lebat dijangka landa lapan negeri

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang berterusan melibatkan beberapa kawasan di Kedah, Kelantan, Pahang, Selangor, Sarawak dan Sabah, serta di seluruh Pulau Pinang dan Perak hingga 1 pagi esok.
MetMalaysia dalam hantaran di Facebook memaklumkan kawasan terlibat ialah Yan, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah manakala di Kelantan melibatkan Jeli, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang.
Kawasan lain yang turut dijangka dilanda ribut petir ialah Cameron Highlands, Lipis, Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang serta Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor di Selangor.
"Sarawak melibatkan Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Kanowit), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong), Bintulu, Miri (Subis, Beluru dan Marudi) dan Limbang manakala Sabah di pedalaman (Nabawan dan Keningau) serta Sandakan (Tongod),” menurut hantaran itu pada Ahad. - Bernama
Ringkasan AI
- Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang
- Melibatkan beberapa kawasan di Kedah, Kelantan, Pahang, Selangor, Sarawak dan Sabah serta Pulau Pinang dan Perak
- Kawasan di Kedah termasuk Yan, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu
- Di Kelantan melibatkan Jeli, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang
- Sarawak dan Sabah juga terjejas di beberapa kawasan termasuk Sarikei, Sibu, Kapit, Bintulu, Miri, Limbang, Nabawan, Keningau dan Sandakan
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
