Amaran ribut petir di 11 negeri

MetMalaysia keluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan 11 negeri. Foto hiasan
MetMalaysia keluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan 11 negeri. Foto hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 11 negeri hingga jam 2 petang ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan amaran itu melibatkan kawasan perairan Perlis dan Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Sabah Timur dan Lahad Datu.

"Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil," katanya pada Sabtu.

Keadaan sama dijangka berlaku di kawasan perairan Selat Melaka, timur Samui, Tioman, barat daya Condore, barat laut Bunguran, timur Reef North, Layang-Layang, Labuan, Palawan, Sulu, Sulawesi.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!