KPM gerak intervensi psikososial segera bantu guru, pelajar terjejas insiden tikaman

Fadhlina ketika sesi pertemuan bersama editor kanan media di Putrajaya pada Khamis.
Fadhlina ketika sesi pertemuan bersama editor kanan media di Putrajaya pada Khamis.
A
A
A

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) melaksanakan intervensi psikososial secara menyeluruh bagi membantu guru dan pelajar di sebuah sekolah di Bandar Utama, Petaling Jaya yang terjejas susulan insiden tikaman melibatkan pelajar, baru-baru ini.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, langkah itu dilaksanakan segera selepas pihaknya mendapati warga sekolah berkenaan berdepan tekanan emosi yang serius, termasuk rasa kesal dan menyalahkan diri sendiri akibat kejadian tragik tersebut.

Fadhlina bersama editor kanan dan wartawan pelbagai agensi media pada sesi pertemuan di Putrajaya pada Khamis.
Fadhlina bersama editor kanan dan wartawan pelbagai agensi media pada sesi pertemuan di Putrajaya pada Khamis.

"Kita lihat keadaan guru-guru di sekolah ini berada dalam kesugulan dan kepiluan yang luar biasa.

"Saya paling bimbang apabila ada perasaan menyalahkan diri sendiri kerana ia boleh menyebabkan keseluruhan emosi dan fungsi sekolah runtuh jika tidak diambil langkah intervensi psikososial segera,” katanya pada sesi pertemuan Menteri Pendidikan bersama editor kanan media di sini pada Khamis.

Beliau menjelaskan, kementerian itu telah menggerakkan 50 kaunselor ke sekolah berkenaan seawal hari pertama sesi persekolahan dibuka semula bagi memberi tumpuan khusus kepada guru dan pelajar terkesan.

Menurutnya, hasil intervensi awal menunjukkan perkembangan positif apabila kehadiran murid meningkat daripada sekitar 200 pelajar pada hari kedua kepada lebih 800 pelajar pada hari ini selepas beberapa siri sokongan psikososial dijalankan.

Pada 14 Oktober lalu, seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun maut ditikam di kawasan tandas perempuan di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama.
Pada 14 Oktober lalu, seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun maut ditikam di kawasan tandas perempuan di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama.

"Ini bukan cabaran biasa, satu sekolah, satu ekosistem masih terkesan. Sebab itu dalam reformasi segera penjagaan dan sokongan guru, ia bukan hanya beri latihan tetapi sokongan menyeluruh agar mereka boleh kembali berfungsi dengan baik.

Artikel Berkaitan:

"Ini latihan yang kita panggil 'barricade' dan juga 'call', maknanya memang kena buat dengan segera persiapan itu sebab trauma guru boleh beri kesan termasuk dalam kelas (dari segi) penyampaian pendidikan.

"Usaha itu menjadi sebahagian daripada pembaharuan segera KPM dalam memastikan kesejahteraan emosi warga pendidik dan pelajar diberi keutamaan, terutama apabila berdepan krisis yang boleh menggugat keseluruhan suasana sekolah," ujar beliau.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!