Pelajar maut ditikam: Remaja 14 tahun didakwa membunuh

Seorang remaja 14 tahun didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Khamis, atas satu pertuduhan membunuh seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun, dalam kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama minggu lalu.
Seorang remaja 14 tahun didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Khamis, atas satu pertuduhan membunuh seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun, dalam kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama minggu lalu.
A
A
A

PETALING JAYA - Seorang pelajar Tingkatan Satu (kelas peralihan) didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Khamis, atas satu pertuduhan membunuh seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun, dalam kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama di sini minggu lalu.

Remaja berusia 14 tahun yang memakai baju lokap berwarna oren mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibaca dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret, Amira Sariaty Zainal.

Tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, tertuduh juvana itu didakwa membunuh seorang pelajar Tingkatan Tiga (kelas peralihan) di bilik tandas nombor dua sebuah sekolah menengah di Bandar Utama di sini antara jam 9.20 hingga 9.35 pagi 14 Oktober lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman gantung atau penjara seumur hidup atau tempoh tertentu, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin sementara tertuduh diwakili peguam, Anwar Ezzad Zainal.

Tiada jaminan diberikan dan mahkamah menetapkan 21 November depan untuk sebutan semula kes.

Usaha media untuk mengambil gambar tertuduh tidak berhasil memandangkan pelajar bawah umur itu dibawa ke mahkamah menerusi laluan lain.

Dalam kejadian berkenaan, mangsa ditemukan meninggal dunia di tandas sekolah itu, selepas disyaki ditikam berulang kali.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang pelajar Tingkatan Satu didakwa bunuh pelajar perempuan berumur 16 tahun di sebuah sekolah di Bandar Utama
  • Tertuduh berumur 14 tahun mengangguk faham pertuduhan dalam bahasa Mandarin
  • Tiada pengakuan direkodkan, kes berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi
  • Tertuduh didakwa membunuh di bilik tandas sekolah antara jam 9.20 hingga 9.35 pagi 14 Oktober
  • Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman gantung atau penjara seumur hidup

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!