Tular video individu bertopeng, polis sahkan tiada elemen jenayah

Rakaman video tular memaparkan seorang individu bertopeng.
Rakaman video tular memaparkan seorang individu bertopeng.
A
A
A

SUBANG JAYA – Rakaman video memaparkan individu bertopeng yang tular di media sosial baru-baru ini disahkan tidak melibatkan sebarang unsur jenayah atau ancaman keselamatan kepada orang awam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, hasil siasatan mendapati rakaman berkenaan bukan kejadian serangan seperti yang didakwa.

"Video itu sebelum ini memaparkan seorang lelaki bertopeng kononnya menyerang kanak-kanak di kawasan kampung sekitar Subang Jaya.

"Namun, siasatan awal mengesahkan perkara itu tidak benar,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, polis tetap menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti individu terlibat serta memastikan ketenteraman awam tidak terjejas.

"Video berkenaan juga telah dipadamkan daripada semua platform media sosial bagi mengelakkan kekeliruan dan kegusaran dalam kalangan masyarakat," katanya.

Terdahulu, tular sebuah rakaman berdurasi pendek dimuat naik seorang pengguna media sosial, mendakwa seorang lelaki bertopeng mengejar anak dan rakannya yang keluar mencari kucing peliharaan di kawasan lorong berhampiran rumah mereka.

Pengguna terbabit mendakwa terdengar perbualan anak-anak mengenai kehadiran individu mencurigakan itu sebelum beliau sendiri keluar untuk menyiasat dan akhirnya terserempak dengan lelaki tersebut.

Namun, pemeriksaan tidak menemukan sebarang senjata, dan individu terbabit mendakwa dia hanya ingin memberi gula-gula kepada kanak-kanak berkenaan.

Artikel Berkaitan:

 

 

Ringkasan AI

  • Rakaman video individu bertopeng yang tular baru-baru ini di Subang Jaya tidak melibatkan unsur jenayah atau ancaman keselamatan
  • Ketua Polis Daerah Subang Jaya memastikan video menunjukkan seorang lelaki bertopeng yang didakwa menyerang kanak-kanak adalah tidak benar
  • Polis menjalankan siasatan lanjut meskipun kes disahkan tidak melibatkan sebarang unsur jenayah untuk mengenal pasti individu dan memastikan keamanan
  • Video tersebut telah dipadam dari semua platform media sosial untuk mengelakkan kekeliruan dan kegusaran dalam kalangan masyarakat
  • Pengguna media sosial yang muat naik video mendakwa melihat lelaki bertopeng cuba mendekati kanak-kanak dengan alasan memberi gula-gula

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!