Foodpanda beri bantuan kewangan kepada staf terkesan Covid-19

x-default
x-default
A
A
A

KUALA LUMPUR - Foodpanda akan memberikan bantuan kewangan RM1,000 kepada penghantar makanannya yang disahkan positif koronavirus (Covid-19) dan RM300 kepada mereka yang perlu menjalani kuarantin.

Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat penghantaran makanan itu berkata, ia adalah langkah sokongan kewangan yang dilancarkan syarikat, selain strategi perkongsian maklumat dan komunikasi bersama rakan penghantarannya agar terus diberikan maklumat secara efektif dalam tempoh yang sensitif ini, ketika kes jangkitan wabak terus menunjukkan peningkatan di negara ini.

Menurut kenyataan itu, penghantar makanan Foodpanda boleh terus kemas kini maklumat terbaharu menerusi 'dedicated Covid-19’ di laman sesawang penghantar makanan.

“Sejajar ini, Foodpanda mempunyai ‘chat’ telegram khusus untuk memastikan rakan penghantar kami boleh kemas kini sebarang perkembangan baharu secara masa nyata dan untuk menggalakkan perkongsian maklumat.

“Operasi penghantaran sentiasa dipantau dan penyelarasan akan dilakukan sejajar dengan sebarang cadangan yang diberikan Kementerian Kesihatan.

“Foodpanda sentiasa komited kepada kesejahteraan rakan penghantarnya dan akan terus memantau situasi dan mengemas kini langkah-langkah seperti dikehendaki,” kata kenyataan itu.

Katanya, pihaknya turut mengedarkan lebih 10,000 keping topeng muka, 3,000 set sarung tangan termasuk pembasmi kuman kepada rakan penghantarannya bagi memelihara kesihatan dan keselamatan mereka. - Bernama

Artikel Berkaitan: