Israel terus cabul gencatan senjata, kereta kebal lepas tembakan di Khan Yunis

GAZA - Dalam pelanggaran jelas terhadap pengumuman gencatan senjata, tentera Israel meneruskan serangan ke atas Semenanjung Gaza pada Rabu, lapor Agensi Berita Palestin WAFA.
Kereta kebal tentera pendudukan melepaskan tembakan meriam ke arah orang awam di bandar Bani Suhaila serta kawasan kejiranan Sheikh Nasser, di timur Khan Yunis dan Kota Gaza.
Sumber perubatan melaporkan pada malam Selasa bahawa jumlah kematian akibat pencerobohan Israel sejak 7 Oktober 2023 telah meningkat kepada 67,913 orang, manakala 170,134 lagi cedera.
Dalam tempoh 24 jam lalu sahaja, seramai 44 rakyat Palestin - termasuk 38 mayat yang baru ditemukan - serta 29 yang cedera telah dibawa ke hospital di wilayah itu.
Ribuan mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan dan di jalanan, manakala pasukan ambulans serta pertahanan awam tidak dapat sampai ke lokasi akibat kemusnahan yang teruk. - Bernama-WAFA
Ringkasan AI
- Israel meneruskan serangan ke atas Semenanjung Gaza walaupun ada pengumuman gencatan senjata
- Kereta kebal melepaskan tembakan meriam ke arah kawasan awam di Bani Suhaila dan Sheikh Nasser
- Jumlah kematian akibat pencerobohan Israel sejak 7 Oktober 2023 adalah 67,913 orang, dengan 170,134 lagi cedera
- Dalam 24 jam lalu, 44 rakyat Palestin - termasuk 38 mayat baru ditemukan - dan 29 cedera telah dibawa ke hospital
- Ribuan mangsa terperangkap di bawah runtuhan, pasukan ambulans dan pertahanan awam tidak dapat sampai ke lokasi akibat kemusnahan
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
