Israel kurangkan separuh lori bantuan ke Gaza - PBB

Treler yang dipenuhi bantuan kemanusiaan di lintasan Rafah menunggu untuk melintasi ke Semenanjung Gaza pada 15 Oktober 2025. Foto AFP
Treler yang dipenuhi bantuan kemanusiaan di lintasan Rafah menunggu untuk melintasi ke Semenanjung Gaza pada 15 Oktober 2025. Foto AFP
A
A
A

NEW YORK - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengesahkan bahawa pihaknya telah menerima pemberitahuan daripada pihak berkuasa pendudukan Israel mengenai keputusan mereka untuk mengurangkan separuh jumlah lori bantuan yang dibenarkan memasuki Semenanjung Gaza, daripada kira-kira 600 lori seperti yang dijanjikan dalam perjanjian gencatan senjata, lapor Agensi Berita Palestin WAFA.

Timbalan Jurucakap Setiausaha Agung PBB, Farhan Haq berkata pada sidang media malam Selasa bahawa Koordinator Aktiviti Kerajaan di Wilayah Palestin (COGAT) telah memaklumkan keputusan itu melalui surat rasmi, dengan alasan tindakan tersebut dilakukan berkaitan pemulangan mayat tahanan.

"Kami menyedari kandungan surat daripada COGAT,” katanya sambil menegaskan bahawa PBB sedang berusaha memastikan sebanyak mungkin bantuan kemanusiaan dapat dihantar ke Gaza.

Beliau menegaskan bahawa badan antarabangsa itu menggesa semua pihak mematuhi komitmen masing-masing, termasuk pemulangan mayat tahanan, serta melaksanakan peruntukan lain dalam perjanjian gencatan senjata - terutamanya memastikan aliran bantuan kemanusiaan kepada penduduk awam di Semenanjung Gaza tidak terjejas. - Bernama-WAFA

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • PBB menerima pemberitahuan dari Israel tentang pengurangan separuh jumlah lori bantuan ke Gaza
  • Koordinator Aktiviti Kerajaan di Wilayah Palestin mengirim surat rasmi tentang keputusan tersebut
  • Penyebab pengurangan ini berkaitan pemulangan mayat tahanan
  • PBB berusaha memastikan bantuan kemanusiaan dapat dihantar sebanyak mungkin ke Gaza
  • PBB menggesa semua pihak mematuhi komitmen dalam perjanjian gencatan senjata dan memastikan aliran bantuan kemanusiaan ke Gaza

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!