Kes tikam pelajar: Suspek dipercayai pendam perasaan terhadap mangsa

SHAH ALAM - Remaja lelaki yang menikam rakan sekolahnya berusia 16 tahun sehingga maut di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, Petaling Jaya, pada Selasa dipercayai memendam perasaan terhadap mangsa.
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, hasil siasatan awal mendapati suspek dikatakan menyimpan perasaan cinta terhadap pelajar perempuan itu walaupun mereka tidak pernah berhubung secara langsung.
“Siasatan mendapati suspek dan mangsa tidak berada dalam kelas yang sama. Suspek merupakan pelajar Tingkatan Satu (Kelas Peralihan), manakala mangsa pelajar Tingkatan Tiga (Kelas Peralihan).
“Suspek dipercayai menyukai mangsa namun tidak pernah meluahkan perasaan tersebut, manakala mangsa tidak mengetahui tentang perasaan itu,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini pada Rabu.
Katanya, siasatan mendapati tiada sebarang hubungan atau interaksi antara kedua-dua pelajar berkenaan sebelum kejadian berlaku.
“Siasatan turut mendapati suspek mempunyai abang yang belajar di sekolah sama.
“Saringan yang dijalankan mendapati suspek negatif dan bebas daripada sebarang pengaruh dadah,” katanya.
Ringkasan AI
- Remaja lelaki menikam rakan sekolahnya hingga maut di Bandar Utama kerana memendam perasaan
- Suspek menyimpan perasaan cinta terhadap mangsa tanpa pernah berhubung langsung
- Suspek dan mangsa tidak berada dalam kelas yang sama, dengan suspek di Tingkatan Satu dan mangsa di Tingkatan Tiga
- Tidak ada hubungan atau interaksi antara suspek dan mangsa sebelum kejadian
- Siasatan mendapati suspek bebas daripada pengaruh dadah
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

