[VIDEO] Kes tikam pelajar Tingkatan Tiga tiada kaitan buli - Polis

A
A
A

PETALING JAYA - Tiada elemen buli dikenal pasti dalam kejadian kes tikam seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga (Kelas Peralihan) di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, soal siasat lanjut masih dijalankan termasuk merekod keterangan dan rakan mangsa.

"Setakat ini siasatan awal polis mengesahkan tiada unsur buli yang berlaku.

"Tetapi soal siasat lanjut kita akan jalankan kalau timbul perkara-perkara lain. Pegawai penyiasat berada di sekolah dan saya belum dapat pastikan berapa lagi keterangan akan diambil," katanya kepada pemberita di hadapan sekolah terbabit di sini pada Selasa.

Beliau berkata, bedah siasat mangsa akan dilaksanakan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk mengetahui punca kematian.

Kejadian kira-kira jam 9.10 pagi itu berlaku di kawasan tandas pelajar perempuan sebelum disedari guru yang mendengar bunyi jeritan.

Polis yang dikejarkan ke lokasi telah menahan suspek iaitu seorang pelajar berusia 14 tahun.

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Tiada elemen buli dikenal pasti dalam kejadian kes tikam di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama
  • Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata siasatan awal tiada unsur buli
  • Soal siasat lanjut masih dijalankan termasuk merekod keterangan teman dan rakan mangsa
  • Bedah siasat mangsa akan dijalankan di PPUM untuk mengetahui punca kematian
  • Kejadian berlaku di kawasan tandas pelajar perempuan dan suspek berusia 14 tahun telah ditahan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!