Pelajar 16 tahun maut ditikam: Polis siasat dakwaan motif berkait cinta ditolak

Satu kes bunuh melibatkan mangsa seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun di sebuah sekolah di Bandar Utama, Petaling Jaya pada Selasa.
Satu kes bunuh melibatkan mangsa seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun di sebuah sekolah di Bandar Utama, Petaling Jaya pada Selasa.
A
A
A

PETALING JAYA - Dakwaan cinta ditolak antara sudut yang disiasat polis berhubung kes tikam pelajar perempuan berusia 16 tahun hingga maut di sebuah sekolah menengah di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, dakwaan perkara itu tersebar di media sosial.

"Perkara itu turut berada dalam sudut siasatan pihaknya namun perlu diteliti lanjut.

“Proses siasatan masih lagi berjalan dan dilakukan secara menyeluruh. Namun apa sahaja maklumat perlu diteliti dahulu,” katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Sebelum itu, Sinar Harian melaporkan polis merampas dua senjata tajam yang disyaki digunakan dalam kejadian pelajar perempuan Tingkatan Tiga yang maut ditikam di sebuah sekolah di Bandar Utama di sini.

Kejadian kira-kira jam 9.10 pagi itu berlaku di kawasan tandas pelajar perempuan sebelum disedari guru yang mendengar bunyi jeritan.

Polis yang dikejarkan ke lokasi telah menahan suspek iaitu seorang pelajar lelaki Tingkatan Satu berusia 14 tahun.

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Dakwaan cinta ditolak disiasat berkait kes tikam pelajar perempuan umur 16 tahun di sekolah Petaling Jaya
  • Ketua Polis menyatakan dakwaan tersebut tersebar di media sosial dan perlu siasatan lanjut
  • Proses siasatan masih berjalan secara menyeluruh
  • Dua senjata tajam dirampas, digunakan dalam kejadian di Bandar Utama
  • Suspek ialah pelajar lelaki Tingkatan Satu berumur 14 tahun, ditahan di lokasi kejadian

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!