Seorang pekerja CTRM Melaka positif Covid-19

Composites Technology Research Malaysia (CTRM), Melaka, - Foto Sumber Internet
Composites Technology Research Malaysia (CTRM), Melaka, - Foto Sumber Internet
A
A
A

KUALA LUMPUR - DRB-HICOM Berhad (DRB-HICOM) hari ini mengesahkan bahawa seorang kakitangan anak syarikatnya, Composites Technology Research Malaysia (CTRM) di Batu Berendam, Melaka, disahkan positif koronavirus (Covid-19).

Dalam satu kenyataan, syarikat itu berkata, rekod pergerakan menunjukkan beliau dijangkiti virus tersebut selepas menghadiri majlis perkahwinan sepupunya di Putrajaya pada Sabtu, 7 Mac 2020.

Pada 18 Mac, beliau telah dimaklumkan bahawa pasangan pengantin terbabit serta seorang sepupu lain telah disahkan positif Covid-19.

Kakitangan tersebut kemudiannya diperiksa di Hospital Melaka dan didapati negatif pada ujian pertama namun keputusan berikutnya mengesahkan beliau dijangkiti virus itu.

DRB-HICOM berkata, bagaimanapun, ujian kedua itu mendapati kesemua ahli keluarganya iaitu isteri dan dua anak tidak dijangkiti Covid-19.

Pekerja itu kini dirawat di sebuah hospital dan proses mengesan senarai hubungan kakitangan ini telah dijalankan termasuk dalam kalangan rakan sekerja dan ahli keluarga.

Pada masa sama, tempat kerja beliau telah dihadang dan pihak CTRM serta pihak berkuasa akan memulakan kerja pembersihan dan penyahkuman dalam waktu terdekat.

Selain itu, DRB-HICOM berkata, kakitangan pertama Kumpulan DRB-HICOM yang disahkan positif Covid-19 dan dilaporkan pada 18 Mac lalu, kini beransur pulih.

Artikel Berkaitan:

Malah, ujian terbaharu menunjukkan beliau yang bertugas di Pekan, Pahang, bebas daripada virus tersebut namun perlu menjalani ujian kali kedua sebelum disahkan pulih. - Bernama

[ARTIKEL BERKAITAN] - Satu kes positif Covid-19 di anak syarikat DRB-Hicom Pekan