Mencari lifestyle yang sebenar

Kita boleh miliki segalanya di dunia, tapi tanpa keberkatan, semuanya hanya sementara. Gambar hiasan 123rf
Kita boleh miliki segalanya di dunia, tapi tanpa keberkatan, semuanya hanya sementara. Gambar hiasan 123rf
A
A
A

ZAMAN sekarang, lifestyle orang kita memang macam-macam. Kadang-kadang hidup untuk tunjuk lifestyle saja. Kalau dulu boleh minum air kopi O kedai mamak atau warung Cik Mah Janda, sekarang minum kopi barista berjenama.

Kalau dulu tak perlu travel jauh pun untuk healing, tapi sekarang memang kena travel oversea saja. Kalau dulu pakai kereta brand Malaysia, sekarang kena upgrade kereta paling kurang jenama H. Ini baru lifestyle.

Bila update di Instagram atau Facebook barulah hidup nampak cool, stylish dan penuh aktiviti. Adakah semua ini menjadikan kita lebih berkat atau sekadar penat?

Kalau dulu boleh main sepak takraw dengan kos beli kasut sahaja atau bermain badminton, tapi sekarang sudah pandai main pickelball. Nak main permainan hebat kini mesti kena sewa gelanggang, ada kos. Tapi kita selalunya tak kisah nak keluarkan duit sebab minat.

Salahkah jika lifestyle kita begitu? Tak salah pun. Lifestyle itu bukan salah. Minum kopi pun bukan dosa. Main pickleball pun sihat. Malah, ia sebahagian cara menikmati nikmat dunia. Cuma, kalau hidup kita sekadar pusing-pusing dalam lingkaran trend tanpa sedar tanggungjawab asas, itu namanya gaya hidup kosong!

Sebab itu ALLAH letakkan zakat bukan sekadar ibadah, tapi lifestyle yang sebenar. Kalau kopi bagi tenaga sejam, zakat bagi ketenangan seumur hidup.

Kalau pickleball keluarkan peluh, zakat keluarkan sifat tamak. Bezanya, kopi dan pickleball akan habis tapi zakat, manfaatnya beyond lifetime. Terus kekal hingga ke akhirat.

Orang yang bayar zakat, hidupnya berkat, tenang dan rezekinya berputar kepada manfaat orang lain. Inilah lifestyle sebenar. Bukan sekadar nampak trendy di dunia tapi secure saham di akhirat.

Jadi, kalau kita boleh istiqamah coffee harian, pickleball mingguan, kenapa tidak istiqamah zakat tahunan?

Artikel Berkaitan:

Tapi peliknya, bila masuk bab zakat ada yang lupa dan ada yang buat-buat lupa. Kita tak pernah berkira untuk lifestyle, kerana itu cara kita appreciate diri dan hidup. Tapi kita lupa pulak untuk appreciate nikmat dan rezeki yang ALLAH dah bagi.

Kalau kopi kita boleh konsisten, kenapa tidak zakat? Setahun sekali saja. Lagipun sekarang semua dah senang, boleh bayar online, dan paling secure, buat potongan gaji bulanan hanya di ptg.zakat.com.my, semuanya akan diuruskan oleh PPZ-MAIWP dengan HR anda.

Senangkan? Dengan cara ini kita tak perlu ke kaunter zakat setiap bulan. Kalau kita reflect balik, lifestyle kita jauh lebih selesa berbanding dengan lifestyle asnaf dan golongan susah.

Golongan ini tiada pilihan melainkan meneruskan hidup dengan seadanya. Kita boleh miliki segalanya di dunia, tapi tanpa keberkatan, semuanya hanya sementara. Lengkapkan lifestyle kita dengan zakat supaya lebih bermakna dan berkat.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!