JPJ KL kutip RM257,100 menerusi lelongan 149 kenderaan

Orang ramai yang hadir pada lelongan awam di JPJ Kuala Lumpur pada Khamis.
Orang ramai yang hadir pada lelongan awam di JPJ Kuala Lumpur pada Khamis.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur mengutip RM257,100 menerusi lelongan awam siri kedua tahun ini melibatkan 149 kenderaan pada Khamis.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPJ WPKL), Hamidi Adam berkata, sebanyak 150 kenderaan ditawarkan untuk lelongan awam itu.

"Daripada 150 kenderaan ditawarkan untuk lelongan itu membabitkan 128 motosikal, 13 kereta, tiga van dan enam lori rigid.

"Bidaan tertinggi yang dicatatkan adalah untuk sebuah Perodua Myvi pada harga RM26,300 dan bidaan terendah RM150 untuk motosikal Yamaha LC," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Hamidi berkata, program itu merupakan inisiatif berterusan JPJ dalam pengurusan aset sitaan secara telus dan berintegriti.

"Pada masa sama, ia memberi peluang kepada orang awam untuk memiliki kenderaan pada harga berpatutan," katanya.

Hamidi berkata, lelongan awam Siri 1/2025 pada 21 Mei lalu yang menawarkan 124 kenderaan dan semuanya berjaya dilelong dengan kutipan hasil RM237,000.

"Ia membabitkan bidaan tertinggi pada harga RM27,000 bagi lori rigid tipper/dumper serta bidaan terendah RM200 untuk motosikal untuk sekerap.

"Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peserta dan pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ends

Ringkasan AI

  • JPJ Kuala Lumpur mengutip RM257,100 dari lelongan kenderaan
  • Sebanyak 150 kenderaan ditawarkan termasuk 128 motosikal, 13 kereta, tiga van dan enam lori
  • Bidaan tertinggi untuk Perodua Myvi RM26,300 dan terendah untuk Yamaha LC RM150
  • Lelongan adalah inisiatif berterusan JPJ untuk pengurusan aset sitaan
  • Memberikan peluang kepada orang awam memperoleh kenderaan pada harga berpatutan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!