Trump makin ligat jadi 'pendamai global'

Pemimpin Republikan itu dikatakan cuba campur tangan dalam konflik Thailand-Kemboja. Foto Agensi
Pemimpin Republikan itu dikatakan cuba campur tangan dalam konflik Thailand-Kemboja. Foto Agensi
A
A
A

BANGKOK - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump meneruskan peranannya sebagai 'pengaman global' demi merebut Hadiah Nobel Keamanan setelah misi di Asia Barat mula mengikut seperti apa yang direncanakan beliau.

Kali ini, pemimpin Republikan tersebut dilaporkan menghantar surat kepada Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul sebagai cubaan untuk campur tangan dalam konflik sempadan Bangkok-Phnom Penh.

Kandungan surat itu menyebut Trump berharap kedua-dua negara Asia Tenggara tersebut dapat menyelesaikan pertikaian di perbatasan yang sebelum ini telah mencetuskan konflik bersenjata hingga mengorbankan puluhan nyawa.

Anutin bagaimanapun cuba menepis intervensi pihak luar setelah ketegangan memuncak di sempadan Thailand-Kemboja sejak Julai lalu.

"Saya akan membalas surat itu dengan menyatakan pendirian kami. Kami sedia untuk mengikuti proses damai jika Phnom Penh juga berbuat demikian," jelasnya pada Khamis.

Menurutnya, Thailand sedia untuk berunding jika Kemboja menarik balik senjata berat dari kawasan sempadan, membanteras sindiket scammer dan memindahkan rakyat mereka dari lokasi tanah sempadan dimiliki Bangkok.

Ketika disoal tentang keputusan Phnom Penh sebelum ini yang beria-ia mahu mencalonkan Trump untuk Hadiah Nobel Keamanan, Anutin menegaskan beliau hanya mengutamakan kepentingan negara, keselamatan rakyat dan kedaulatan Thailand.

"Jika sesiapa meraih anugerah itu, ia satu pencapaian membanggakan buat mereka. Tetapi, ia tiada kaitan dengan apa yang akan kami lakukan," tegasnya. - Agensi

 

Artikel Berkaitan:

 

Ringkasan AI

  • Donald Trump meneruskan peranannya sebagai 'pengaman global' untuk merebut Hadiah Nobel Keamanan
  • Trump menghantar surat kepada Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul, cuba campur tangan dalam konflik Bangkok-Phnom Penh
  • Surat itu menyebut harapan agar Thailand dan Kemboja dapat selesaikan pertikaian di perbatasan yang telah mencetuskan konflik bersenjata
  • Anutin cuba menepis intervensi asing dan menyatakan Thailand sedia untuk proses damai jika Kemboja menarik balik senjata berat dan memenuhi syarat lain
  • Anutin menegaskan beliau mengutamakan kepentingan negara dan keselamatan rakyat Thailand, bukan Hadiah Nobel Keamanan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!