RM12 juta untuk sedia makanan pelajar universiti awam, swasta

Ismail Sabri ketika sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Menteri Menteri Berkenaan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di bangunan Perdana Putra hari ini. -Foto Bernama
Ismail Sabri ketika sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Menteri Menteri Berkenaan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di bangunan Perdana Putra hari ini. -Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Kerajaan memberikan jaminan untuk menjaga kebajikan 74,530 pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta yang kini berada di kolej masing-masing.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bantuan kewangan sebanyak RM12 juta akan disalurkan kepada pengurusan IPT terbabit institusi untuk menyediakan makanan.

"Saya maklumkan bantuan makanan kepada pelajar universiti yang tinggal di universiti dan tidak dapat pulang, kerajaan akan tanggung kos menyediakan makanan untuk mereka.

"Ini termasuk semua IPT awam dan swasta, kolej komuniti, institut pendidikan guru dan kolej matrikulasi," katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat khas yang diadakan di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata, kerajaan menyerahkan kepada pihak pengurusan institusi pengajian tinggi masing-masing untuk mengedarkan makanan tersebut.

"Kita serah kepada universiti sama ada mereka menyediakan kupon atau masak di kafe dan diedarkan kepada pelajar," katanya.

Artikel Berkaitan: