BUDI95: Ingatkan susah sangat, rupa-rupanya mudah sahaja

Harga petrol RON95 diturunkan kepada RM1.99 seliter bermula 30 September di bawah program BUDI95.
Harga petrol RON95 diturunkan kepada RM1.99 seliter bermula 30 September di bawah program BUDI95.
A
A
A

SEBELUM ini ada seorang rakan Merak Jalanan gusar apabila dengar kerajaan mahu melaksanakan subsidi bersasar RON95. Dia bukan sahaja risau harga minyak naik, tapi takut-takut prosesnya rumit.

Tapi apabila BUDI95 mula diperkenalkan, barulah dia akui bahawa inilah cara baharu kerajaan menyalurkan budi secara adil dan tersusun.

“Tak payah buat permohonan panjang lebar, tak payah isi borang tebal-tebal,” katanya tersenyum. Cuma MyKad menjadi bukti bahawa dia layak menikmati pengurangan harga RON95.

Merak Jalanan juga setuju bahawa BUDI95 bukan sahaja memastikan subsidi tidak lagi dinikmati oleh golongan kaya atau warga asing, tetapi mengurangkan ketirisan dan pembaziran wang negara.

Dalam masa sama, rakyat biasa masih boleh menikmati harga petrol yang munasabah untuk ke tempat kerja, hantar anak ke sekolah atau mencari rezeki setiap hari.

Tapi paling penting, BUDI95 dilaksanakan dengan sistem digital yang telus dan mesra pengguna.

Merak Jalanan sendiri mendengar maklum balas rakan-rakan yang akui tidak perlu risau lagi tentang isu subsidi yang sering disalah guna oleh pihak tertentu.

Kalau dulu warga asing pun boleh isi RON95 dengan mudah, kini sistem ini mampu menapis dengan jelas siapa penerima sebenar.

Di sesetengah stesen minyak pun sudah mula kedengaran kisah positif tentang BUDI95. Ada pemandu teksi dan penghantar makanan yang mengucap syukur.

Artikel Berkaitan:

Bukan besar sangat pun jumlahnya tapi cukup untuk membantu rakyat berpendapatan rendah terus bergerak mencari rezeki.

Merak Jalanan percaya kalau semua pihak memahami tujuan sebenar BUDI95 ini, tak akan timbul salah faham.

Ini bukan soal siapa dapat lebih atau kurang, tapi bagaimana setiap titisan subsidi disalurkan ke tempat yang betul.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!