SNCC nafi dakwaan kapal GSF tidak bawa bekalan kemanusiaan

Sani Araby memaklumkan sejak awal pelayaran, pelbagai barangan bantuan sudah dikongsikan melalui media sosial rasmi GSF dan SNCC sebagai bukti misi tersebut menghantar bekalan ke Gaza. Foto ihsan SNCC
Sani Araby memaklumkan sejak awal pelayaran, pelbagai barangan bantuan sudah dikongsikan melalui media sosial rasmi GSF dan SNCC sebagai bukti misi tersebut menghantar bekalan ke Gaza. Foto ihsan SNCC
A
A
A

SEPANG – Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) menafikan dakwaan polis Israel kononnya Misi Global Sumud Flotilla (GSF) tidak membawa bekalan kemanusiaan dalam 40 kapal yang dipintas ketika dalam perjalanan ke Gaza.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim berkata, sejak awal pelayaran, pelbagai barangan bantuan sudah dikongsikan melalui media sosial rasmi GSF dan SNCC sebagai bukti bahawa misi tersebut menghantar bekalan.

“Dakwaan itu tidak benar. Kita sudah kongsikan bukti dalam bentuk gambar sejak dari Barcelona, Itali, Tunisia, Greece dan Malta mengenai barangan bantuan yang dibeli serta diangkut masuk ke dalam kapal,” katanya pada sidang media di Mapim Central Warehouse, Sepang, malam Jumaat.

Beliau menjelaskan, sebahagian bantuan turut disalurkan melalui Agensi Bulan Sabit Merah Turki (Kizilay) dengan menggunakan kapal tentera Turki di peringkat akhir pelayaran.

Dalam perkembangan sama, Dr Sani memaklumkan berlaku pertukaran kapal ketika misi berjalan, termasuk membabitkan kapal Johnny M yang dilaporkan mengalami kerosakan selepas dimasuki air sehingga separa karam.

“Disebabkan proses pertukaran kapal ini, jumlah akhir keseluruhan bantuan masih perlu kita sahkan. Namun, saya boleh beri jaminan bahawa barangan bantuan itu memang wujud, bukan seperti dakwaan pihak tertentu,” tegasnya.

Katanya lagi, SNCC melihat naratif yang dimainkan pihak Israel bertujuan memesongkan fakta sebenar dan menutup pencabulan hak kemanusiaan yang dilakukan terhadap misi berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Pusat Kawalan Sumud Nusantara menafikan dakwaan Israel bahawa Misi Global Sumud Flotilla tidak membawa bekalan kemanusiaan
  • Ketua Pengarah SNCC berkata bukti bekalan telah dikongsikan di media sosial
  • Sebahagian bantuan disalurkan melalui Agensi Bulan Sabit Merah Turki dengan kapal tentera Turki
  • Pertukaran kapal dilakukan selama misi berlangsung termasuk karena kapal Johnny M mengalami kerosakan
  • SNCC menyatakan naratif Israel bertujuan untuk menyesatkan dan menutup pencabulan hak kemanusiaan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!