'Kita tidak boleh terus berdiam diri'

Hampir 2,000 hadir Himpunan Sumud Flotilla di pekarangan Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah 1 selepas solat Jumaat. Foto Sinar Harian.
Hampir 2,000 hadir Himpunan Sumud Flotilla di pekarangan Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah 1 selepas solat Jumaat. Foto Sinar Harian.
A
A
A

KUANTAN - Lebih 2,000 warga Kuantan berhimpun dalam Himpunan Sumud Flotilia di pekarangan Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 di sini pada Jumaat, sebagai tanda bantahan terhadap penahanan kumpulan Global Sumud Flotilla (GSF) oleh tentera Israel.

Himpunan yang dianjurkan Majlis Belia Negeri Pahang (MBNP) dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Sukarelawan Sosial Anak Pahang, Suara Anak Pahang dan Gerakan Belia 4B Malaysia Negeri Pahang dirancang secara pantas dalam tempoh kurang 24 jam selepas berita penangkapan aktivis Sumud tersebar.

Setiausaha Agung MBNP, Nabil Fiqri Nor Azmi berkata, himpunan aman tersebut diadakan bagi menunjukkan kebangkitan suara rakyat khususnya anak muda agar dunia tidak terus membisu terhadap kekejaman rejim Zionis terhadap rakyat Palestin.

Nabil Fiqri. Foto Sinar Harian
Nabil Fiqri. Foto Sinar Harian

“Gerakan yang kita buat bermula daripada tengah hari semalam (Khamis) dengan jalinan kerjasama daripada NGO (pertubuhan bukan kerajaan) ini kerana kita rasa tidak perlu lagi tunggu kerana tindakan dangkal telah dilakukan rejim Zionis.

"Jadi, kita terpaksa bergerak walaupun dengan bilangan yang kecil, tetapi suara kita harus didengar oleh mereka di luar sana,” katanya ketika ditemui selepas perhimpunan itu di pekarangan masjid negeri Sultan Ahmad 1 di sini pada Jumaat.

Sebahagian peserta yang terlibat dalam Himpunan Sumud Flotilla di pekarangan Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah 1 selepas solat Jumaat. Foto Sinar Harian.
Sebahagian peserta yang terlibat dalam Himpunan Sumud Flotilla di pekarangan Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah 1 selepas solat Jumaat. Foto Sinar Harian.

Artikel Berkaitan:

Himpunan itu disertai pelbagai lapisan masyarakat hadir membawa bendera Palestin dan sepanduk bertulis mesej #Stand4Sumud dan gambar rakyat Malaysia yang ditahan sebagai simbol sokongan terhadap perjuangan rakyat Gaza.

Laungan “Bebas Palestin” dan “Allahuakbar” bergema setiap kali nama Palestin disebut dan ia menunjukkan keprihatinan warga Kuantan terhadap penderitaan yang dialami umat Islam di bumi itu.

Walaupun cuaca panas terik, semangat peserta tidak luntur apabila ramai kekal mendengar ucapan dan mengaminkan doa yang dipimpin oleh wakil penganjur.

Nabil Fiqri menjelaskan, mesej utama himpunan berkenaan ialah untuk menyeru masyarakat antarabangsa supaya terus menekan rejim Israel agar menghentikan penindasan dan membebaskan aktivis Sumud.

No Image Caption

“Kita tidak boleh terus diam dan hari ini kita telah berjaya untuk menjadikan 'break the silent' itu kenyataan di bumi Kuantan ini,” katanya.

Beliau turut menegaskan, penangkapan aktivis Sumud yang datang dengan niat melakukan kebajikan tanpa senjata jelas menunjukkan kezaliman rejim Zionis.

Ujarnya, sukarelawan datang dengan tujuan untuk melakukan kebajikan tanpa senjata dan melalui satu proses yang termaktub dalam lunas-lunas undang-undang.

No Image Caption

" Tapi apabila penangkapan itu dibuat, kita tengok dalam video-video yang tular bahawa aktivis-aktivis kita dilayan seperti penjenayah seperti pengganas apabila mereka dengan sewenang-wenangnya menggunakan senjata automatik.

"Tindakan biadab itu membuktikan kezaliman rejim Zionis yang menindas rakyat Palestin dan aktivis kemanusiaan yang datang membantu.

“Kita percaya bahawa aktivis Sumud ini bergerak kerana mereka merasakan perlunya kebajikan kepada anak-anak Palestin yang telah kita ketahui seramai 2.1 juta orang yang terkurung di dalam satu penjara terbuka di tanah Gaza itu," jelas beliau lagi.

Nabil Fiqri memaklumkan, selain di Kuantan, himpunan serupa turut diadakan di beberapa lokasi lain termasuk Maran dan Kuala Lumpur sebagai solidariti umat Islam di seluruh negara terhadap perjuangan Palestin.

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!