Bekalan petrol subsidi di Kuala Tahan kembali pulih

Chon Siang
Chon Siang
A
A
A

KUANTAN - Bekalan petrol subsidi RON95 di Kuala Tahan, Jerantut, kembali pulih selepas dilaporkan mengalami gangguan pada Rabu.

Perkara itu dimaklumkan Exco Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Negeri Pahang, Sim Chon Siang melalui satu kenyataan pada Jumaat susulan dakwaan terdapat gangguan bekalan di kawasan terbabit.

Menurutnya, Kuala Tahan adalah salah satu zon di bawah program pengedaran barang perlu di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN).

"Semakan mendapati bahawa bekalan petrol telah kembali seperti sediakala apabila pihak transporter yang dilantik KPDN membuat penghantaran bekalan petrol pada hari yang sama," katanya.

Beliau turut menjelaskan tiada isu bekalan petrol terputus seperti didakwa.

"Cuma, sedikit kekeliruan harga petrol apabila penyasaran subsidi petrol dilaksanakan pada 30 September lalu," katanya.

Terdahulu, sebuah portal tempatan mendakwa bekalan petrol yang dijual melalui jualan barangan perlu di kedai runcit sekitar Kuala Tahan tertangguh susulan pelaksanaan BUDI95.

Penangguhan itu dimaklumkan kepada peniaga yang kemudian mencetuskan kerisauan khususnya kepada pengusaha bot pelancong yang sangat bergantung kepada bekalan petrol.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Bekalan petrol subsidi RON95 di Kuala Tahan, Jerantut, telah pulih dari gangguan
  • Exco Pahang, Sim Chon Siang, mengumumkan pemulihan bekalan melalui kenyataan
  • Kuala Tahan termasuk dalam zon pengedaran barang perlu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
  • Pemulihan bekalan petrol disahkan dengan penghantaran oleh transporter yang dilantik KPDN
  • Kekeliruan berkaitan harga petrol timbul susulan pelaksanaan subsidi petrol baru

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!