Tuntutan subsidi RON95 guna MyKad, lesen memandu serta aplikasi digital

Mekanisme tuntutan subsidi petrol RON95 di bawah program Budi Madani RON95 (BUDI95) akan menggunakan MyKad sebagai kaedah pengesahan utama di stesen minyak. Gambar hiasan
Mekanisme tuntutan subsidi petrol RON95 di bawah program Budi Madani RON95 (BUDI95) akan menggunakan MyKad sebagai kaedah pengesahan utama di stesen minyak. Gambar hiasan
A
A
A

PUTRAJAYA – Mekanisme tuntutan subsidi petrol RON95 di bawah program Budi Madani RON95 (BUDI95) akan menggunakan MyKad sebagai kaedah pengesahan utama di stesen minyak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu memastikan hanya warganegara dengan lesen memandu sah yang disahkan melalui rekod Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) layak menikmati subsidi.

Beliau berkata, pembaca MyKad akan disediakan di pam minyak bagi memudahkan pengguna membuat pengesahan sebelum mengisi petrol.

“Rakyat digesa menyemak cip MyKad masing-masing dan memperbaharui lesen memandu yang tamat tempoh supaya tidak berdepan masalah teknikal semasa membuat pembelian,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini pada Isnin.

Menurut Anwar, bagi memudahkan golongan celik digital, pengguna turut diberikan pilihan menggunakan aplikasi Setel atau Touch ‘n Go bagi melengkapkan transaksi tanpa perlu mengimbas MyKad.

Setiap warganegara akan menerima siling kelayakan bulanan sebanyak 300 liter RON95 yang bakal berkuat kuasa Selasa minggu depan.

Katanya, pelaksanaan subsidi bersasar itu dilakukan secara berperingkat bermula 27 September dengan anggota polis dan tentera menjadi kumpulan pertama menikmati harga baharu.

Golongan B40 dan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pula akan menerima manfaat pada 28 September sebelum dibuka kepada semua warganegara pada 30 September.

Beliau mengingatkan rakyat supaya tidak berpusu-pusu mengisi minyak pada hari pertama kerana sistem beroperasi sepanjang bulan.

Artikel Berkaitan:

“Pendekatan berperingkat ini penting bagi mengelakkan kesesakan dan menguji sistem sebelum dibuka sepenuhnya kepada lebih 16 juta rakyat yang layak,” katanya.

 

 

Ringkasan AI

  • Mekanisme tuntutan subsidi petrol RON95 menggunakan MyKad sebagai kaedah pengesahan utama
  • Hanya warganegara dengan lesen memandu sah disahkan melalui rekod JPJ layak menikmati subsidi
  • Pembaca MyKad disediakan di pam minyak untuk pengesahan sebelum mengisi petrol
  • Pilihan menggunakan aplikasi Setel atau Touch 'n Go disediakan bagi memudahkan transaksi
  • Warganegara layak menerima siling kelayakan bulanan sebanyak 300 liter RON95

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!