Guru direman disyaki rogol pelajar 14 tahun

BALIK PULAU - Seorang guru sebuah sekolah menengah di Seberang Perai direman selama empat hari di Mahkamah Majistret di sini bagi membantu siasatan kes rogol pelajar berusia 14 tahun.
Lelaki berusia 32 tahun itu direman bermula hari ini sehingga 6 Oktober depan untuk siasatan mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan.
Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Chia Huey Ting.
Terdahulu suspek yang memakai baju-T lengan panjang berwarna kuning serta seluar sukan itu tiba di mahkamah jam 8.14 pagi dengan diiringi polis.
Difahamkan, suspek menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya selepas mangsa yang juga pelajar di sekolah sama membuat laporan berhubung kejadian berkenaan.
Mangsa membuat laporan dirogol suspek di parkir terbuka sebuah kompleks beli belah di Persiaran Bayan Indah di sini, pada November tahun lalu.
Ringkasan AI
- Seorang guru sekolah menengah di Seberang Perai direman empat hari untuk siasatan kes rogol pelajar 14 tahun
- Lelaki berusia 32 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan
- Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Chia Huey Ting
- Suspek menyerah diri selepas mangsa membuat laporan polis
- Kejadian rogol berlaku di parkir terbuka sebuah kompleks beli belah di Persiaran Bayan Indah November tahun lalu
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

