Global Sumud Flotilla: Masa untuk bersatu, bukan berpolitik

Dalam suasana tegang ini, pemimpin negara, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), ahli politik dan masyarakat diharap dapat mengekalkan solidariti nasional. Foto Bernama
Dalam suasana tegang ini, pemimpin negara, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), ahli politik dan masyarakat diharap dapat mengekalkan solidariti nasional. Foto Bernama
A
A
A

KAPAL bantuan kemanusiaan, Global Sumud Flotilla yang dalam perjalanan menuju Gaza telah dipintas oleh tentera laut Israel, menyebabkan beberapa aktivis kemanusiaan antarabangsa ditahan termasuk warganegara Malaysia.

Insiden ini mencetuskan kebimbangan semua pihak tanpa mengira lapisan masyarakat.

Dalam suasana tegang ini, pemimpin negara, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), ahli politik dan masyarakat diharap dapat mengekalkan solidariti nasional.

Lupakan seketika perbezaan ideologi atau keinginan menjadikan insiden ini sebagai platform menonjolkan agenda peribadi.

Ini kerana sukarelawan Global Sumud Flotilla kini memerlukan sokongan kita semua.

Mempolitikkan insiden ini hanya akan melemahkan suara kolektif rakyat Malaysia dalam memperjuangkan nasib Palestin.

Jelas sekali, tindakan Israel yang memintas kapal bantuan kemanusiaan di perairan antarabangsa merupakan pencabulan terhadap undang-undang laut dan hak asasi manusia.

Sekiranya masyarakat antarabangsa termasuk Malaysia gagal menunjukkan sikap tegas dan bersatu, tindakan seperti ini akan terus berulang tanpa sebarang pertanggungjawaban.

Dalam masa yang sama, masjid dan surau di seluruh negara boleh mengadakan solat hajat serta doa selamat demi keselamatan para aktivis.

Artikel Berkaitan:

Masyarakat juga perlu diingatkan agar tidak menyebarkan spekulasi atau berita tidak sahih mengenai aktivis yang ditahan.

Dalam suasana sekarang, maklumat yang tidak tepat boleh menjejaskan keselamatan mereka dan merumitkan usaha membawa pulang warganegara yang terlibat.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!