Empat kapal dinaiki sukarelawan Malaysia memasuki pelabuhan Ashdod - SNCC

Sani Araby menunjukkan kedudukan kapal Sirius dan Huga yang dilihat telah memasuki pelabuhan Ashdod di Ashkelon, Tel Aviv.
Sani Araby menunjukkan kedudukan kapal Sirius dan Huga yang dilihat telah memasuki pelabuhan Ashdod di Ashkelon, Tel Aviv.
A
A
A

SEPANG - Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) mengesahkan empat kapal yang membawa sukarelawan Malaysia dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF) telah memasuki pelabuhan Ashdod di Ashkelon, Tel Aviv.

Ketua SNCC, Datuk Sani Araby Alim berkata, kapal-kapal terlibat adalah Estrella Manual, Sirius, Alma dan Huga.

"Laporan mengesahkan melihat kapal seperti Sirius dan Estrella telah mula masuk ke pelabuhan Ashdod dan SNCC menjangkakan kemungkinan sebahagian daripada delegasi telah dipindahkan ke darat.

"Pada masa sama pasukan perundangan di Jordan berada dalam keadaan siap siaga untuk menjadi wakil dalam sebarang proses soal siasat dan tindakan susulan yang diperlukan," katanya pada sidang media di SNCC, Bandar Serenia pada Khamis.

Sani Araby ketika sidang media di SNCC di Bandar Serenia, Sepang pada Khamis.
Sani Araby ketika sidang media di SNCC di Bandar Serenia, Sepang pada Khamis.

Rakyat Malaysia yang berada di kapal terlibat adalah Musa Nuwairy, Ilya Balqis dan Sul Aidil (kapal Alma); PU Rahmat, Norhelmi, Mohd Asmawi dan Norazman (Estrella Manual); Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Zulfadhli dan Rusydi (Sirius) dan Zizi Kirana (Huga).

Dalam pada itu, Sani Araby memaklumkan, SNCC akan mengadakan pertemuan segera dengan keluarga delegasi Malaysia terlibat bagi menyampaikan perkembangan terkini serta memberi jaminan sokongan penuh dalam memastikan mereka dimaklumkan secara berterusan.

Menurutnya, kesemua 23 delegasi rakyat Malaysia dalam misi berkenaan sudah ditahan oleh pasukan tentera Israel (IDF) dan dipercayai sebahagiannya telah dibawa ke darat.

Artikel Berkaitan:

Kapal-kapal GSF yang dilapor telah berlabuh di pelabuhan Ashdod di Akhkelon, Tel Aviv berdasarkan laman web vesselfinder.com.
Kapal-kapal GSF yang dilapor telah berlabuh di pelabuhan Ashdod di Akhkelon, Tel Aviv berdasarkan laman web vesselfinder.com.

Sementara itu menjawab persoalan mengenai lokasi kapal Mikeno yang dinaiki pelakon dan aktivis kemanusiaan, Ardell Aryana yang dikatakan menghampiri pantai Gaza, beliau menjangkakan terdapat dua kemungkinan.

"Melihat kepada apa yang berlaku dalam 'tracker' kita menjangkakan Ardell tidak ada lagi di atas kapal kerana kapal dia sudah tidak bergerak.

"Kemungkinan kedua adalah dia masih lagi ada di atas kapal, jadi SNCC lebih kuat mengatakan bahawa mereka akan dipindahkan ke darat (secara) cepat atau lambat.

"Secara terperinci belum lagi (disahkan) adakah itu rakyat Malaysia tetapi melihat kepada kapal yang mula masuk di pelabuhan Ashdod, kita menjangkakan antara yang akan mula sampai di darat adalah daripada kapal Alma dan Sirius," jelasnya.

Ringkasan AI

  • Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) mengesahkan empat kapal membawa sukarelawan Malaysia telah masuk pelabuhan Ashdod di Tel Aviv
  • Kapal-kapal tersebut adalah Estrella Manual, Sirius, Alma dan Huga
  • 23 delegasi rakyat Malaysia yang berada dalam misi tersebut sudah ditahan oleh pasukan tentera Israel (IDF)
  • SNCC bersiap sedia untuk memberi bantuan perundangan dan akan bertemu dengan keluarga delegasi untuk memberi maklumat terkini
  • Antara sukarelawan Malaysia yang terlibat adalah Musa Nuwairy, Ilya Balqis, Sul Aidil, dan Zizi Kirana

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!