Israel dakwa tiada satu kapal Global Sumud Flotilla berjaya lepasi sekatan

Bot dari Global Sumud Flotilla yang dipintas oleh tentera Israel di Laut Mediterranean berhampiran perairan Gaza, tiba di pelabuhan selatan Ashdod pada 2 Oktober 2025. Foto AFP
Bot dari Global Sumud Flotilla yang dipintas oleh tentera Israel di Laut Mediterranean berhampiran perairan Gaza, tiba di pelabuhan selatan Ashdod pada 2 Oktober 2025. Foto AFP
A
A
A

SHAH ALAM - Israel mendakwa tiada satu pun kapal Global Sumud Flotilla yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza berjaya menembusi sekatan tentera laut mereka.

Kementerian Luar Israel dalam kenyataan yang dikeluarkan melalui laman Facebook pada Khamis menegaskan bahawa semua kapal flotila tersebut telah dipintas dan penumpangnya dilaporkan berada dalam keadaan selamat dan sihat.

"Tiada satu pun kapal layar provokasi Hamas-Sumud telah berjaya dalam percubaan mereka untuk memasuki zon tempur aktif atau melanggar sekatan tentera laut yang sah," menurut kenyataan tersebut.

Israel menambah bahawa kapal-kapal tersebut kini sedang dalam perjalanan ke Israel dan akan dihantar pulang ke Eropah dalam masa terdekat.

"Satu kapal terakhir kekal jauh. Sekiranya kapal itu cuba menghampiri atau melanggar sekatan, tindakan tegas akan diambil bagi menghalang sebarang pelanggaran undang-undang," kata kementerian itu.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Israel mendakwa tiada kapal Global Sumud Flotilla yang berjaya menembusi sekatan tentera laut ke Gaza
  • Kementerian Luar Israel menegaskan semua kapal flotila telah dipintas dengan penumpang dalam keadaan selamat
  • Tiada kapal layar provokasi Hamas-Sumud berjaya memasuki zon tempur atau melanggar sekatan
  • Kapal-kapal tersebut sedang dalam perjalanan ke Israel dan akan dihantar pulang ke Eropah
  • Israel memberi amaran tegas terhadap kapal yang cuba menghampiri atau melanggar sekatan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!